Asasi Vs Matrikulasi 2.0

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Asasi vs Matrikulasi

Asasi vs Matrikulasi sering kali menjadi persoalan bagi pelajar lepasan SPM. Hal ini disebabkan kedua-dua tempat pengajian ini merupakan salah satu tempat yang sangat di impikan oleh pelajar tetapi bukan mudah untuk dicapai. Ianya disebabkan, keputusan yang WAJIB diperolehi oleh para pelajar adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak asasi vs matrikulasi.

PERINGATAN!!!
 Sekiranya anda TIDAK dapat melayakan diri dalam salah satu pusat pengajian ini JANGAN bersedih kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat anda. Maka sentiasalah bersangka baik dengan jalan yang telah ALLAH sediakan.

 Asasi Vs Matrikulasi 2.0

Setiap pusat pengajian mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka sebelum melakukan permohonan anda WAJIB ketahui kelebihan sesuatu pusat pengajian itu.

Kenapa anda perlu memilih Matrikulasi?

Ketahui kelebihan pemilihan kemasukan ke Matrikulasi agar anda yakin mengapa anda perlu memilih Matrikulasi sebagai tempat pilihan pengajian pelajar.

  • Elaun disediakan setiap bulan
***Matrikulasi merupkan satu platforms pendidikan yang membantu pelajar untuk menyimpan***
asasi vs matrikulasi

Elaun sara diri yang disediakan adalah sebanyak RM250 sebulan. Elaun ini disediakan kepada semua pelajar bagi memudahkan urusan pengajian pelajar semasa di Matrikulasi. Maka pelajar hanya perlu memikirkan yuran pengajian dan keperluan awalan semester.

  • Tempoh pengajian yang singkat

asasi vs matrikulasi

Tempoh pengajian bagi pelajar Matrikulasi adalah singkat. Walaubagaiamana sekalipun anda perlu beringat BUKAN semua pelajar matrikulasi mampu menamatkan pengajian mereka selama setahun kerana terdapat juga pelajar matrikulasi yang menamatkan pengajian selama dua tahun. Ianya bergantung kepada tahun pengajian pelajar dan keputusan SPM mereka.

Terdapat 2 pecahan pengajian bagi pelajar Matrikulasi iaitu:-

1) Bagi aliran sains

a) PST (pengajian selama setahun)

b) PDT (pengajian selama dua tahun)

2) Bagi aliran perakunan hanya ada satu tahun pengajian sahaja

  • Tempat tinggal adalah PERCUMA

Tempat tinggal di matrikulasi adalah percuma dan tiada yuran penginapan seperti anda tinggal di asrama Universiti. Justeru itu, bagi mereka yang mahu berjimat dan bebas PTPTN sebelum anda melangkahkan kaki ke alam universiti matrikulasi ini merupakan salah satu tempat yang paling sesuai untuk anda.

Info Tambahan :  Maybank MAE: Simpan Duit dengan Mendaftar Akaun!

Dalam setiap pusat pengajian pasti ada kelebihan dan kelemahannya. Justeru itu, setelah anda ketahui kelebihan kemasukan ke Matrikulasi anda juga perlu tahu kelemahan pusat pengajian ini. Ianya bagi memudahkan anda untuk membuat pemilihan sendiri.

Antara kelemahan untuk menyambung ke peringkat Matrikulasi adalah:-

  • Jadual pengajian yang padat

asasi vs matrikulasi

Kelemahan kemasukan ke Matrikulasi adalah jadual pengajian yang padat BERBANDING dengan pelajar STPM dan Diploma. Justeru itu, bagi mereka yang benar-benar mahu memasuki ke MATRIKULASI anda WAJIB menyediakan fizikal dan mental untuk menempuh jadual yang padat itu. Jadual yang padat dan dalam setiap subjek yang diambil mempunyai pecahan bab yang sangat banyak. Walaubagaimanapun, masa anda tetap mencukupi sekiranya anda bijak menguruskan masa.

INFO TAMBAHAN!!!
Kehidupan alam Matrikulasi 100% seperti kehidupan anda tinggal di asrama maka pengurusan masa yang betul adalah amat penting bagi pelajari Matrikulasi.
  • PENTING mendapatkan pointer yang tinggi

Bagi pelajar lepasan Matrikulasi, kebiasaanya mereka memerlukan pointer yang tinggi bagi memudahkan mereka mendapatkan bidang pengajian yang mereka mahukan. Sekiranya, pointer mereka rendah atau bawah daripada 3 maka mereka akan sukar untuk mendapatkan bidang yang di ingini. Walaubagaimana sekalipun, rezeki itu ditangan ALLAH, sekiranya ALLAH berkehendak maka tiada yang mustahil.

Justeru itu, sangatlah penting bagi pelajar lepasan Matrikulasi membaca dahulu syarat kelayakan untuk memasuki sesuatu bidang itu. Bukan nama Universiti yang dikejarkan tetapi bidang apa yang sesuai untuk anda.

***Masa hadapan anda, anda yang pilih mengikut kelayakan anda***

Bagaimana Dengan bidang Pengajian Asasi?

Semua sudah ketahui bidang pecahan bagi pengajian ini. KLIK DISINI untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pengajian Asasi. Sekiranya anda sudah ketahui bidang pecahan maka mudah untuk anda fahami kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya menyambung pengajian di Asasi.

Info Tambahan :  Proses Pemilihan Pelajar Jurusan Perakuanan Profesional (JPPro) 2021

Antara kelebihan menyambung pengajian ke dalam bidang Asasi adalah:-

  • Mudah untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS

Bagi pelajar lepasan Asasi, mereka lebih mudah untuk mendapatkan tempat menyambung pengajian di univeristi yang mereka belajar sebagai pelajar Asasi kerana mereka adalah pelajar universiti tersebut. Justeru itu, kelebihan pelajar Asasi ini adalah mudah untuk mengikuti pengajian ke IPTA/ IPTS yang mereka ikuti semasa Asasi.

Dalam erti kata yang mudah, pelajar yang mengikuti pengajian Asasi di sesetengah universiti akan diserap masuk ke univesriti tersbut untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti yang sama. Walaubagaimana sekalipun, bidang pengajian yang di pilih tetap bergantung kepada keputusan pelajar tersebut BUKAN mengikut apa yang mereka pilih.

  • Cuti yang banyak berbanding Matrikulasi

Buat pengetahuan anda, setiap semester mempunyai cuti misalnya cuti yang panjang antara 3 semester adalah cuti semester 1 selama sebulan lebih. Tempoh pengajian juga adalah lebih singkat sebulan berbanding matrikulasi. Untuk merasai alam universiti maka pilihlah untuk menyambung pengajian ke pengajian Asasi.

Kekurangan Pengajian di dalam bidang Asasi adalah:-

  • Masa “study” yang singkat

asasi vs matrikulasi

Kehidupan di alam Asasi ini berbeza dengan kehidupan alam Matrikulasi kerana cuti yang terlalu banyak, maka masa untuk pelajar asasi belajar adalah singkat. Justeru itu, bagi mereka yang memilih untuk menyambung pengajian di dalam bidang Asasi ini perlu menyiapkan fizikal dan mental untuk belajar dalam masa yang singkat tetapi perlu cepat faham apa yang diajari oleh para pensyarah.

  • Tempat tinggal ditanggung sendiri

Antara kekurangann menyambung pengajain Asasi adalah tempat tinggal ditanggung sendiri. Justeru itu, bagi mereka yang menyambung pengajian di Asasi mereka WAJIB untuk menyediakan yuran penginapan setiap semester.

Kehidupan sebagai pelajar Asasi lebih atau hampir sama dengan kehidpuan di alam Universiti tetapi kehidupan di Matrikulasi masih lagi seumpama kehidupan di alam persekolahan.

Adakah pembelajaran Asasi lebih sukar berbanding Matrikulasi?

Buat pengetahuan umum, setiap pelajaran akan mempunyai halangan yang tersendiri maka anda yang mengetahui tahap kelayakan diri anda dalam memilih sesuatu perkara.

Tepuk dada tanya diri anda, apa yang ingin anda kecapi dalam kehidupan seharian anda

Diharapkan setiap satu perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan antara Asasi vs Matrikulasi. Pilihan berada di tangan anda Asasi vs Matrikulasi.

***SELAMAT MAJU JAYA***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments