Cinta ini datangnya dari hati serta kemahuan sifat semulajadi manusia yang inginkan teman, kasih sayang serta kecantikan. Apabila dikaitkan dengan hati dan perasaan, ia sudah tentu mempunyai pengaruh yang sangat tinggi kepada kestabilan emosi seseorang.
Walaupun cinta itu cukup indah dan memberikan kegembiraan pada perasaan, tetapi harus diingati cinta itu mampu memusnahkan diri serta masa depan seseorang. Hal ini kerana, cinta itu boleh mengundang kebinasaan diri terutama apabila kita dibawah sedar. Apabila berada dibawah sedar ini mampu membuatkan seseorang bertindak mengikut emosi dan keputusan yang tidak rasional.
Adalah penting untuk kita sendiri yang mengawal cinta itu dan bukanya cinta itu yang mengawal kita termasuk mengawal segala pemikiran, keputusan juga tindakan. Segala tindakan dan keputusan yang dibuat ketika diri beremosi kebanyakanya boleh membinasakan diri sendiri dan masa hadapan. Oleh itu, penting untuk kita menjadi insan yang hebat dengan berkuasa mengawal emosi kita sendiri.