“ Ayah dah tak ada “ Kasihanilah Dia Masih Kecil

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu perkongsian menarik melalui facebook mengenai kisah seorang pelajar darjah satu yang pertama kali ke sekolah rendah. Perkongsian ini mendapat sambutan prihatin oleh pengguna laman sosial kerana apa yang diceritakan mempunyai moral sendiri yang mungkin boleh kita amati bersama.

Jangan Ambil Hak Murid

Kerusi kantin itu hak murid. Tempat murid duduk untuk makan. Bukan untuk ibubapa duduk dan melayan anak-anak sendiri hingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes begini banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tidak pernah segan silu nak ‘sound’ ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan. Memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa.

Aku sangat marah kerana hal ini berlaku pada aku 7 tahun dulu. Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu, hari ini aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya dah lama meninggal. Ibunya pula sakit (cancer) kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Mak saudaranya yang jaga budak itu.

“ Ayah dah tak ada “ Kasihanilah Dia Masih Kecil 1
Ibu Bapa yang mengambil kerusi pelajar lain untuk menemani anaknya makan

 

Dan dihari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil sendirian. Berdiri diam ditepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk ditempat dia sambil menyuap anak mereka makan.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Masa rehat tamat. Murid itu kelaparan, namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh baru aku perasan.

Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walau dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu.

Dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas.

Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia siap, aku hantar dia ke kelas.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *