Azam yang kukuh

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam kehidupan kita tidak lari dari mempunyai azam tersendiri. Ada kalanya kita akan cepat berputus asa untuk mencapai azam kita. Keazaman tidak tercapai sering dikaitkan dengan pelbagai sebab tetapi kadangkala kita tidak sedari bahawa sebenarnya kita tidak menggunakan segala kelebihan yang kita ada sepenuhnya untuk mencapai azam tersebut.

Kita kadangkala tidak menyedari bahawa kita sering lupa untuk menggunakan segala kurniaan anggota badan dari maha kuasa untuk mencapai kebaikan dan kegemilangan. Keupayaan yang diberikan jika digunakan dengan sebaiknya mampu menghasilkan kecemerlangan dalam hidup kita. Tahukah anda ada insan didunia ini yang masih berjaya walaupun tidak berkaki dan tangan? Kejayaannya mampu membuka mata dunia bekenaan aktivitinya berenang melintasi selat inggeris. Bukan sekadar itu sahaja, beliau sebenarnya berenang tanpa kaki dan tangan. Beliau hanya berenang menggunakan sepasang kaki palsu seperti bentuk sirip ikan untuk berenang.

Ia berlaku di Paris, Philippe Croizon bewarganegara Prancis berumur 42 tahun telah berjaya merialisasikan impiannya untuk berenang menyeberangi selat inggeris. Mengikut perancangan permulaan beliau menjangka akan dapat berbuat demikian selama 24jam. Tetapi setelah berenang beliau hanya mengambil masa 13 jam 30 minit. Semasa berenang beberapa saat tiga ekor ikan lumba-lumba turut bersama berenang bersamanya. Oleh kerana itu, beliau lebih bersemangat dengan galakan yang diberikan.
Beliau boleh berjaya untuk berenang sejauh itu dengan masa yang agak singkat dengan tidak mempunyai kaki dan tangan..Bagaimana pula anda? adakah kita telah menggunakan segala kurniaan dengan sebaik mungkin? fikirkanlah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top