Bagaimana Berduit dan Berilmu Walaupun Menunggu Keputusan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Selepas SPM pelajar akan melalui lebih 3 bulan cuti sementara menunggu keputusan SPM. Masa yang ada perlulah diisi dengan aktiviti berfaedah dari terus berehat dirumah. Kebanyakan akan memilih untuk bekerja dan membuat aktiviti lain yang mendapat upah. Sebenarnya ada aktiviti lain yang boleh mendatangkan pendapatan dan memberi kelayakan iktisas kepada anda.

Menunggu Keputusan SPM
Menunggu Keputusan SPM

Belajar Sambil Bekerja Menunggu Keputusan SPM

Bagaimana nak sambung belajar jika hanya 3 bulan lebih? Bagaimana untuk dapat upah bila belajar? Itulah soalan yang biasa ditanya pelajar jika diberi maklumat berkaitan kerja sambil belajar ini.

Untuk pengetahuan, ada beberapa institusi yang mempunyai kursus jangka pendek sehingga 3 bulan disamping ada elaun disediakan.

Giat MARA

Mungkin ramai yang sedia maklum tentang kewujudan giat MARA ini. Selain dari kursus jangka panjang, Giat MARA juga menyediakan kursus jangka pendek sehingga 3 bulan yang membolehkan anda mendapat Sijil dan elaun.

Setiap tahun ada sahaja kursus jangka pendek ditawarkan seperti :

  • Seni Sulaman Mesin
  • Langsir Kemasan Lembut
  • Pengimejan Digital
  • Seni Sulaman Berkomputer
  • Rekaan Fesyen Temporari
  • Pembuatan Animasi 3D
  • Seni Sulaman Tangan
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Sebenarnya banyak lagi dan ianya mungkin berubah dari tahun ke tahun mengikut persediaan pengajaran kursus tersebut.

Syarat kemasukan Giat MARA

Mungkin ada yang berfikir adakah layak untuk memohon. Sebenarnya kelayakan memohon tidaklah tinggi dan ia mengutamakan minat untuk belajar.

  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.

Untuk maklumat lanjut permohonan Giat Mara boleh terus ke Laman Rasmi

Kursus Jangka Pendek Kolej Komuniti

Jika dahulu masih ada pelajar yang menganggap kolej komuniti ini kolej swasta. Sebenarnya ia adalah Kolej Kemahiran yang menawarkan pengambilan fleksibel terutama berkaitan kursus jangka pendek.

Bagaimana memohon Kursus Jangka Pendek

Sebenarnya tidaklah terlalu sukar, anda hanya perlu kenalpasti Kolej Komuniti berdekatan anda dan menghubungi mereka. Kebiasannya mereka ada mengeluarkan iklan tersendiri dan mempunyai senarai kursus jangka pendek yang ditawarkan ketika itu. Jika bernasib baik, kita juga boleh berbincang dengan mereka untuk mengadakan kursus tertentu yang dipilih.

Info Tambahan :  Kerja Freelance 2023: Kelebihan, Cabaran, dan Cara Memulakan

Contoh Kursus Jangka Pendek Kolej Komuniti

  • Agar-agar Roti
  • Aiskrim Oreo
  • AutoCAD
  • Bahasa Arab
  • Ayam Penyet
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Isyarat
  • Bakul Hiasan (dari surat khabar)
  • Blog Editting
  • Coklat
  • Cendawan
  • Cup Cake
  • Dandanan Rambut
  • Butter Cream
  • Fish Cake
  • Frozen Food
  • Gitar
  • Ikat Bata
  • Ikan Keli organik
  • Jahitan asas
  • Jahitan Pakaian
  • Jahit Langsir
  • Jeli Kelapa
  • Kek Tiramisu
  • Kuih Tradisional
  • Microsoft Visio
  • Nuget Bihun
  • Solekan
  • Perisian komputer
  • Photoshop
  • Putu Mayam
  • Roti Sosej
  • Sains UPSR
  • Servis Kereta
  • Simen fero
  • Sulaman Manik
  • Banyak lagi..

Kursus yang ditawarkan ini kebiasannya memerlukan pengalaman sebenar bekerja sambil belajar, jika bernasib baik pelajar akan berjaya mendapat pendapatan melalui gaji semasa belajar dari pekedai atau dari jualan yang dibuat.

Ambil Peluang

Sebagai tenaga muda yang masih mempunyai masa yang panjang untuk membina masa depan, seharusnya mengambil peluang ini untuk menambah ilmu dan pendapatan. Apa yang jadi untuk masa depan kita tidaklah boleh dijangka. Kadangkala kemahiran ini juga yang dapat membantu kita untuk mewujudkan pekerjaan sendiri atau meningkatkan lagi nilai diri untuk mudah mendapat kerja kelak. Kemahiran yang ada sekurangnya boleh digunakan untuk berniaga yang pastinya pendapatan adalah lebih baik jika kena pada cara dan strateginya.

P/s – Jika anda ada masalah berkaitan halatuju lepas SPM atau STPM jangan segan untuk bertanya dengan perunding pendidikan kami. ( Maklumat Lanjut )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *