Jika anda baru ingin memeilih pengajian, sepatutnya anda tahu bagaimana membezakan IPTA dan IPTS. IPTA adalah institut pengajian tinggi Awam dan IPTS adalah Institusi pengajian tinggi swasta. IPTS ini ialah institusi yang kebanyakannya menguruskan sendiri perbelanjaan kewangan untuk melahirkan graduan mereka sendiri.
Senarai IPTS
Jika anda ingin melihat senarai IPTS anda boleh menggunakan pelbagai altenatif seperti terus ke laman web rasmi MQA. Maklumat lanjut.
Gunakan tab sebelah kiri web dengan memilih samaada institusi swasta Universiti, Institusi swasta Kolej Universiti atau Institusi swasta Kolej/institusi. Setelah anda klik menu tersebut, anda akan disediakan papara senarai IPTS untuk anda semak. Jika nama Institusi anda tidak ada dalam senarai perlu anda bertanya lebih lanjut kepada pihak pengurusan mereka atau menguhungi terus MQA untuk penjelasan lanjut. Kemungkinan ia instutsi tidak berdaftar atau dalam proses pendaftaran.
Beza IPTA dan IPTS
Yuran Pengajian – Kebiasannya perbezaan utama ialah yuran pengajian, yuran pengajian di swasta semestinya lebih tinggi kerana ia juga melibatkan kos pengurusan.
Pengambilan pelajar – Universiti swasta biasanya akan mencari anda manakala universiti awam memerlukan anda memohon. Hal ini terjadi kerana tempat di universiti awam adalah terhad.
Kemudahan Belajar – Kemudahan di universiti swasta kebanyakannya agak kurang kerana kos penyediaan adalah bergantung pada kedudukan kewangan institusi, manakala institusi kerajaan mempunyai peruntukan kerajaan untuk kemudahan.
Pelajar – Kebanyakan pelajar di universiti swasta mempunyai lebih pelajar luar negara. Namun demikian, kini universiti awam pun mula mengambil pelajar luar negara.
Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan universiti awam dan swasta, perbezaan paling ketara adalah yuran pengajian. Oleh demikian, anda perlu pandai membuat perbandingan dan selidik dahulu tawaran yang diberikan kepada anda.
2 thoughts on “Bagaimana Bezakan IPTA dan IPTS”