Bagaimana Cara Mengundi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk makluman anda, PRU14 tidak lama lagi akan berlangsungyangakan diadakan pada  09 Mei 2018.Bagaimanakah cara untuk mengundi? Mungkin ada daripada anda yang masih tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan khususnya bagj yang pertama kali mengundi apabila pengundian berlangsung, dan ada juga yang tidak tahu apakah langkah yang perlu diikuti bagi menjalankan proses pengundian tersebut. Maka bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku, disini akan dikongsikan cara untuk mengundi dengan betul.

Cara untuk Mengundi (PRU14)

  1. Pastikan anda sudah mendaftar sebelum mengundi

Pastikan nama dan nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan di Suruhanjaya pilihanraya Malaysia (SPR). Untuk pengetahuan anda, semakan boleh dilakukan di laman web SPR, kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang disediakan . Bukan itu sahaja, anda perlu pastikan 3 perkara yang perlu anda ikuti sewaktu hari mengundi tiba, iaitu membawa kad pengenalan, anda juga tidak dibenarkan membawa sebarang gambar , logo ataupun nama parti dan juga untuk pengetahuaan anda, mengundi telah ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 5 petang

  1. Elakkan Undi Rosak
Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Bagi memastikan undi anda diterima, sila cek dahulu tanda yang anda “X” telah dicopkan dengan tanda rasmi,dan telah ditandatangani oleh Ketua tempat mengundi (KTM). Pastikan juga undi anda hanya untuk satu calon dan tidak lebih daripada itu. Selain itu, pastikan tiada tanda-tanda yang boleh pihak lain mengenali undi itu adalah undi daripada anda dan anda tidak boleh menunjukkan tujuan anda dengan terang.

  1. 7 langkah Mengundi
Cara Mengundi
Cara Mengundi

Untuk yang kali pertama mengundi khususnya, anda hanya dibenarkan masuk sekiranya polis yang mengawal pintu masuk meemberi kebenaran . Selepas diberi kebenaran serahkan Mykad atau dokumen kad pengenalan  dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Untuk pengetahuan ada, terdapat 3 kerani yang perlu anda ikuti sebelum menanda kertas pengundian.

Kemudian, anda perlu bergerak ke hadapan untuk mendapatkan dakwat kekal daripada kerani kedua dimana anda perlu letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan andaa perlu menunggu nama anda dipanggil. Selepas sahaja jari anda dicalitkan dakwat kekal, sebelum kertas undi dikeluarkan , keranj pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor  dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Manakala kertas undi pula, perlu diambil daripada kerani pengundian ketiga.

Info Tambahan :  Chevening Scholarship 2023 Dibuka Ogos

Dengan membawa kertas undi tersebut, anda perlu maju ke petak undi dan tandakan “X” pada ruang calon dalam kertas undi anda, sudah sedia maklum anda perlu menanda atau memilih satu calon sahaja. Selepas menanda kertas, masukkan kertas undi tersebut di dalam peti masing-masing untuk Dewan Undangan negeri dan Parlimen. Akhir sekali, anda perlu keluar dengan segera dari tempat mengundi tersebut.

Oleh itu, kepada anda yang layak untuk mengundi dan memilih pemerintah negara di masa akan datang, adalah satu kewajipan untuk anda mengundi di masa ini bagi mencapai negara maju di masa hadapan. Semoga dengan pemilihan calon pada tahun ini membawa perubahan yang lebih banyak khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top