Bagaimana Cara Tips Lulus MUET Dengan Baik

0
32

Untuk lulus MUET juga mempunyai tips tersendiri, Bila sebut sahaja Peperiksaan MUET, pasti ramai yang dah ketar lutut, sakit kepala, gemuruh dan macam-macam lagi. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Masing-masing ingin lulus peperiksaan MUET dengan jayanya. Saya kongsikan tips berguna yang boleh anda gunakan jika bakal menghadapai peperiksaan MUET.

lulus MUET
lulus MUET

4 Tips Lulus Peperiksaan MUET

  1. Set Target
  • Pastikan anda mempunyai target untuk dapat band berapa. Dan pastikan target band anda adalah band 2 keatas. Jangan la meletakkan target yang terlalu rendah. Cabar diri anda sendiri pasti akam akan berusaha gigih untuk lulus menyahut cabaran tersebut.
  1. Banyak bertanya kepada pensyarah anda.
  • Rajinkan diri anda untuk kerap bertanya kepada pensyarah berkenaan soalan muet. Percayalah, ianya sangat membantu. Ketepikan rasa malu anda untuk bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan, malu bertanya pensyarah, ternganga la jawab muet. Kalau terlampau malu sangat nak bertanya, anda boleh juga bertanya pada tutor ataupun kawan-kawan yang mahir bahasa inggeris.
  1. Buat belajar berkumpulan untuk mahir berkomunikasi
  • Bina satu kumpulan dalam kelompok yang kecil. Cukup hanya 4-6 orang sahaja. Kalau lebih ahli group nanti, bergosip pulak. Daripada kelompok tadi, cari satu topik untuk diperbualkan dalam bahasa inggeris. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap komunikasi anda dalam berbahasa inggeris, ia juga dapat membantu hubungan saling bantu membantu dalam kumpulan untuk saling menyokong pendapat masing-masing.
  1. Buat Latih Tubi Berkenaan Soalan Muet
  • Dapatkan buku-buku adik anda yang bersekolah rendah dan menengah, dan cuba buat latihan tersebut. Cara ini mampu meningkatkan dan memperkukuhkan tahap grammar anda. Nampak mudah dengan soalan-soalan latihan sekolah rendah dan menengah, namun dari situlah ianya memmbantu anda.
  1. Baca Panduan Persediaan Muet
  • Anda boleh dapatkan buku panduan persediaan muet di mana-mana kedau buku ataupun jika ingin jimat bajet, anda boleh pinjam buku-buku tersebut daripada senior-senior anda. Ini dapat membantu anda bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi Muet.
Baca Juga :  Sistem E-Operasi KPM

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua bakal muet.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :