Sebelum Ini kami ada menerima pertanyaan, bagaimana untuk mendaftar di UPU online untuk pengguna pertama kali. untuk pengetahuan permohonan UPU Tidak kira kategori lepasan SPM ataupun STPM setaraf ini menggunakan konsep Single offer iaitu kebanyakan permohonan pengajian disekalikan dalam satu sistem UPU online.
Daftar pengguna UPUONLINE
Untuk membuat permohonan, perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemohon adalah mendaftar terlebih dahulu dalam sistem yang disediakan. perkara ini perlu dilakukan awal sebelum berlaku kesibukan ketika selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM dan STPM nanti.
Ada pelajar yang bertanya, Kenapa perlu mengisi UPU sedangkan keputusan SPM dan STPM belum keluar lagi? untuk pengetahuan permohonan UPU kali ini perlu diisi lebih awal, namun demikian semasa mengisi hanya maklumat peribadi dan maklumat-maklumat penting lain saja.
Untuk mengelak kesibukan talian permohonan UPU online dibuka kali ini untuk pendaftaran sahaja dan kebiasaannya lupakan dibuka kembali selepas keputusan peperiksaan untuk sesi memilih kursus pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan masing-masing.
Daftar pengguna kali pertama UPU online
Walaupun langkah pendaftaran Tidaklah begitu sukar namun begitu masih ada pelajar yang belum mahir. Berikut adalah bagaimana cara untuk membuat pendaftaran pengguna pertama kali.
Pergi ke alamat : – https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/
- Pada laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’, ‘Kata Laluan’ dan ‘Program Pengajian’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar. Nota : Pemohon perlu Daftar Akaun Baru bagi mendapatkan Kata Laluan.
PERINGATAN !!!
a) Pemohon hendaklak membuat ‘Daftar Akaun Baru’ bagi membolehkan pemohon Log Masuk dan seterusnya melakukan permohonan kemasukan ke IPTA, Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
b) Pemohon dikehendaki menyelesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan untuk calon lain.
- Pada ruangan Daftar Akaun Baru, pemohon perlu mengisi Maklumat Pemohon, dan Maklumat Keselamatan Akaun. Semua maklumat ini WAJIB diisi.
- Pemohon wajib mengisi No. Kad Pengenalan/MyKAD sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL mengikut kad pengenalan anda.Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh:
- Pemohon wajib mengisi Alamat E-Mail. Masukkan Alamat E-Mail yang Sah.
- Pemohon wajib mengisi Nama Ibu. Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.
- Pemohon wajib mengisi Kata Laluan. Kata laluan mestilah terdiri daripada gabungan nombor dan huruf atau angka dan huruf di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b.
- Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas.
- Pemohon wajib mengisi Kod Keselamatan. Pastikan kod yang dimasukkan sama seperti yang tertera. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada browser anda.
- Setelah selesai mengisi ruangan daftar sila klik ‘Daftar’ untuk menyelesaikan pendaftaran.
- Setelah berjaya Log Masuk, Tekan butang ‘Permohonan’ pada sebelah kiri laman untuk mula membuat permohonan.
Dapatkan maklumat ini dapat membantu dalam proses pendaftaran permulaan dan akan datang kami akan tunjukkan pula bagaimana untuk membuat permohonan. pastikan anda daftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan. terima kasih