Bagaimana Guru Membuat Tuntutan Pindah Rumah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tuntutan Pindah Rumah
Tuntutan Pindah Rumah

Pindah rumah memerlukan kos tertentu, mungkin boleh cuba membuat tuntutan pindah rumah yang disediakan. Walaupun berpindah rumah tidak terlalu jauh, tetapi ia tetap memerlukan kos yang agak tinggi kerana melibatkan mobiliti barang rumah dan juga pembelian perkakasan baru yang rosak atau tambahan. Kemudahan tuntutan perpindahan rumah ini bertujuan meringankan beban kewangan serta memberikan bantuan kepada kakitangan kerajaan termasuk kakitangan pendidikan membuat urusan perpindahan rumah.

Tuntutan Pindah Rumah elaun
Tuntutan Pindah Rumah elaun

Syarat Permohonan Tuntutan Pindah Rumah

Mungkin ada yang berpendapat elaun ini juga boleh dituntut jika dapat perpindahan yang dimohon atau ditetapkan. Elaun ini sebenarnya adalah berbeza kerana tuntutan pindah rumah hanya untuk mereka yang berpindah rumah iaitu tidak boleh melebihi 25 KM. Kemudahan ini hanya dikhaskan perpindahan rumah lingkungan dekat dari rumah asal. Selain itu terdapat syarat asas yang melayakkan permohonan iaitu :

  • Mendiami Rumah tersebut
  • Tuntutan dikemukakan kepada Ketua Jabatan tidak lewat daripada 3 bulan daripada tarikh pindah.
  • Perpindahan adalah ke rumah baru pinjaman kerajaan
  • Jarak tidak lebih dari 25 KM
  • Mengisi borang tuntutan Lampiran B-2
  • Melengkapkan dokumen sokongan permohonan
  • Rujukan Pekeliling Perbendaharaan 4/1995
  • Tuntutan diberi adalah sekali seumur hidup

Perpindahan adalah ke rumah baru pinjaman kerajaan

Kadar Tuntutan

Gred Bujang Berkahwin
Gred 53 dan 54 RM 612 RM 1699
Gred 45-52 RM 528 RM 1378
Gred 43 dan 44 RM 464 RM 1159
Gred 41 dan 42 RM 420 RM 1042
Gred 31-40 RM 377 RM 924
Gred 27-30 RM 337 RM 826
Gred 21-26 RM 299 RM 739
Gred 17-20 RM 278 RM 671
Gred 13-16 RM 251 RM 601
Gred 1-12 RM 212 RM 503

Cara Mohon Tuntutan Pindah Rumah

Permohonan pindah rumah ini boleh dibuat menerusi kerani sekolah atau mendapatkan maklumat lanjut di JPN terdekat. Secara umumnya mungkin tips berikut boleh membantu :

  1. Dapatkan borang rasmi Permohonan Tuntutan Pindah Rumah, terdapat banyak versi borang tuntutan ( muat turun ) namun demikian , boleh cuba dapatkan melalui kerani sekolah. Lengkapkan borang dalam 3 salinan.
  2. Membuat salinan surat kelulusan pinjaman perumahan kerajaan perlu disediakan sebanyak 3 salinan. Perlu pengesahan ketua jabatan.
  3. Mohon Ketua Jabatan tandatangan diruangan khas yang disediakan borang tersebut.
  4. Poskan atau hantar borang tersebut ke Jabatan Pendidikan Negeri JPN, ataupun boleh meminta kerani sekolah untuk membantu proses tersebut.
  5. Permohonan akan diproses dan guru akan dimaklum jika mendapat kelulusan dan urusan pembayaran akan diurus oleh kerani sekolah.

Borang Pindah Rumah .doc

Sumber : Facebook, JPA

Elaun ( Pindah Rumah ) Stesen – Lingkungan 25 Km

  • Pindah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah kerajaan ke rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan.
  • Pindah dari rumah sendiri/rumah kerajaan ke rumah kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu.

Untuk makluman, perkara yang melibatkan proses, tuntutan dan elaun ini mungkin berubah dari tahun ke tahun mengikut kondisi dan ketetapan kerajaan serta pekeliling yang dikeluarkan. Jika masih dikuatkuasakan, ada baiknya jika mencuba peluang yang ada. Diharapkan permohonan tuntutan pindah rumah yang dibuat berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *