Bagaimana ingin membuat permohonan PISMP/ PPISMP IPG 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kami ada banyak menerima pertanyaan bagaimana memohon PPISMP atau dahulunya PISMP. Sebenarnya dalam iklan permohonan ada menerangkan cara memohon PISMP ini, dalam Iklan penuh memaklumkan permohonan boleh dibuat di laman rasmi KPM.

Mungkin ada pelajar yang masih tercari-cari bagaimana untuk membuat dan memulakan permohonan. Untuk itu maklumat dibawah mungkin dapat membantu sedikit sebanyak.

Langkah 1

Cuba masuk ke laman rasmi permohonan ( klik sini )

Langkah 2

Paparan yang keluar ada 3 jenis permohonan, klik pada (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014 ) jika anda ingin memohon.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Langkah 3

Paparan untuk memohon terdapat pada sebelah kanan atas iaitu pada bulatan biru pada rajah. Sekiranya anda belum mendaftar perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan klik daftar baru seperti di bulatan hijau seperti gambarajah dibawah.

Bagaimana ingin membuat permohonan PISMP/ PPISMP IPG 2014 1
PISMP

Langkah 4

Satu paparan akan muncul seperti di bulatan biru pada rajah, sila masukkan no kad pengenalan masing-masing untuk tapisan kelayakan.

Bagaimana ingin membuat permohonan PISMP/ PPISMP IPG 2014 2
PISMP NO KP

Anda akan dibawa ke paparan permohonan selanjutnya sekiranya anda layak untuk memohon berdasarkan umur permohonan.

Diharapkan sedikit info ini dapat membantu dalam permohonan PPISMP anda. Selamat Berjaya.

3 thoughts on “Bagaimana ingin membuat permohonan PISMP/ PPISMP IPG 2014

  1. jika seorang pelajar dpt offer UKCG utk sejarah SK, boleh tak minta pertukaran ke Bahasa Inggeris SK? Apa kata kalau pelajar itu memang cemerlang dan amat fasih dlm english, ada harapan tak jika minta pertukaran? TQ

  2. Have anyone filled the application for the IPG?? If so, anyone having trouble with the Interval Server Error in the Bakat field of the application??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *