Penghujung tahun 2015 akan berakhir, ramai yang bertanya berkaitan permohonan SBP, Bagi yang ingin mohon SBP samaada tigkatan 1 atau 4 tahun 2016 perlulah sentiasa mersedia sekiranya permohonan keluar nanti. Pihak kami ada menerima pertanyaan melalui email berkaitan permohonan SBP ini ;
Salam cikgu, bila boleh mohon SBP? Macam mana nak mohon? Harap jasabaik cikgu untuk reply – yani Bentong
Untuk pengetahuan, Sekolah Berasrama Penuh SBP merupakan pilihan tepat bagi mereka yang inginkan kelainan dan persekitaran baru dalam persaingan pendidikan. Sbp ini menerima kemasukan bagi lepasan UPSR dan Lepasan PT3, Kelebihan ketara dalam SBP ini kebiasannya pelajar akan membangkitkan tentang persaingan dikalangan mereka yang meningkatkan lagi pencapaian akademik. Persaingan seperti malu mendapat keputusan rendah dan rakan yang sentiasa belajar meningkatkan lagi minat dan usaha untuk terus mengulangkaji pelajaran sehingga memberi kelebihan dalam keputusan peperiksaan mereka. Sebenarnya banyak kelebihan lain belajar di SBP ini, kelebihan lain seperti kemudahan yang lebih baik serta tenaga pengajar yang komited.
Sebenarnya tenaga pengajar tidaklah jauh beza dengan sekolah lain, Cuma persekitaran pelajar yang ingi belajar meningkatkan cabaran kepada warga pendidik serta sikap pelajar yang berminat dan menggalakkan membantu semangat pengajar menyumbang kepada lebih prestasi. Begitu juga di SBP ini kurang gangguan disiplin adalah juga penyumbang kepada peingkatan prestasi pelajar.
Bila Permohonan SBP dan Bagaimana Caranya?
Permohonan SBP Tingkatan 1
Untuk pengetahuan, setakat ini maklumat yang kami terima adalah seperti berikut :
Permohonan Online | Akan dikemaskini |
Tarikh Buka Permohonan | Minggu Pertama Oktober 2015 |
Tarikh Tutup Permohonan | Akan dikemaskini |
Tarikh Semakan Keputusan | Akan dikemaskini |
Laman Rasmi Rujukan | www.moe.gov.my |
Syarat Permohonan SBP Tingkatan 1
Untuk pengetahuan awal kami sediakan syarat permohonan mengikut arkib kami :
- Murid mestilah Warganegara Malaysia Dari Sekolah Tahun 6
- Memperolehi 5A Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Kriteria yang mungkin boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu:-
- Murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
- Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan aktif dalam kokurikulum
Permohonan SBP Tingkatan 4
Untuk pengetahuan, setakat ini maklumat yang kami terima adalah seperti berikut :
Permohonan Online | Maklumat Lanjut |
Tarikh Buka Permohonan | Akan dikemaskini |
Tarikh Tutup Permohonan | 30 Disember 2015 |
Tarikh Semakan Keputusan | Akan dikemaskini |
Aplikasi Rasmi Permohonan | Maklumat Lanjut |
Aliran & sekolah SBP | Maklumat Lanjut |
Syarat Permohonan SBP Tingkatan 4
- warganegara Malaysia
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Memperoleh sekurang-kurangnya 6A (termasuk Sains dan Matematik) dalam peperiksaan PT3
Diharapkan maklumat yang disediakan dapat memberi gambaran bagaimana dan syarat permohona SBP bagi tahun 2016 nanti.
SURAIZA MOHD IDRIS
boleh tahu bila akan di keluarkan borang permohonan tuk SBP tingkatan 1 .Terima kasih
fiziesss
Permohonan dah keluar tarikh tutup 15 november.. sila rujuk artikel terbaru kami