Bagaimana Mohon Belajar ke Mesir, Al Azhar dan Jordan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Berminat untuk ke melanjutkan pengajian ke Universiti Timur Tangah? Mohon belajar ke mesir, al azhar dan jordan. Untuk makluman anda, universiti ini menawarkan sewa tempat tinggal yang murah dan kemudahan infrastruktur yang lengkap, malahan kos yang ditawarkan sangat berpatutan dan memberi peluang masa hadapan anda lebih cerah.

Mohon Belajar ke Mesir, Al Azhar dan Jordan
Mohon Belajar ke Mesir, Al Azhar dan Jordan

Namun begitu, saya yakin bahawa ramai daripada anda tidak mengetahui cara untuk memohon. “ Bagaimana nak belajar di Mesir/Timur tengah? Apa syarat kelayakan dan kosnya?” Oleh itu, bagi anda yang berminat untuk melanjut pengajian di antara kedua-dua universiti ini saya akan bekongsi cara untuk memohon kemasukan.

Syarat Permohonan Ke Universiti Mesir

Bidang Perubatan   

Untuk pemohon yang berminat bagi melanjutkan pengajian dalam bidang PERUBATAN di Mesir, anda perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya (90%) dalam lapan subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan.

Untuk bidang ini, terdapat 7 universiti yang ditawarkan kepada anda iaitu universiti Al-azhar, kaherah,Ain-shams, Alexandria, Zagaziq, Mansoura, dan Tanta. Yuran yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar bagi tahun pertama ialah (2,000.00)USD, bagi tahun 2 hingga 6, yuran berjumlah (8,000.00)USD. Bagi 6 universiti yang lain, yuran hanya dikenakan sebanyak (8,000.00)USD dari tahun 1 hingga 6.

Bidang Farmasi dan Pergigian

Bagi anda yang berminat untuk mengambil bidang Farmasi dan Pergigian pula, anda perlu   perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya (79%) dalam 8 subjek iaitu iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan. Universiti yang ditawarkan dalam bidang ini ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Mansoura, dan Universiti Tanta. Yuran ditawarkan oleh Universiti Al-Azhar bagi Pra-pergigian ialah (2,000.00)USD.

Baca Juga :  Syarat Kemasukan Tingkatan 6 tahun 2018 / 2019

Manakala untuk tahun 2 hingga 6 yuran yang dikenakan ialah (8,000.00)USD. Bagi 3 universiti yang lainnya, mereka menawarkan yuran sebanyak (8,000.00)USD dari tahun 1 hingga 5.  Manakala yuran dikenakan untuk bidang Farmasi adalah sama dengan universiti Alenxandria,Mansoura, dan Tanta iaitu (8,000.00)USD dari tahun 1 hingga 5 dan untuk makluman anda untuk bidang ini hanya 1 universiti sahaja yang menawarkan bidang ini iaitu Universiti Zagazig. Universiti adalah merupakan salah satu universiti yang terkenal di Timur Tengah .

Syarat kelayakan ke Universiti Al-Azhar ijazah Pertama

Antara syarat untuk masuk ke Universiti dalam bidang Pengajian Islam ialah pemohon perlu lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun semasa membuat permohonan dan menduduki imtihan Qabul (IQ).

Bagi kelayakan dalam bidang Pengajian Qiraat pula, pemohon perlu mempunyai Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar dengan syarat sijil/diploma tidak melebihi 3tahun semasa membuat permohonan dan menduduki imtihan Qabul (IQ).

Untuk pemohon bidang Ulum Islamiah pula, pemohon perlu lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran Sunnah dengan syarat sijil SPM tidak melebihi tiga(3) tahun semasa membuat pemohonan dan menduduki imtihan Qabul (IQ). Yuran pengajian untuk bidang ini adalah rendah berbanding dengan bidang yang lain,

Antara kelebihan Belajar di Mesir ?

Bagi pelajar yang memilih untuk belajar di Universiti sekitar Kaherah ( Universiti Al-Azhar,Universiti Ain Shams, dan Universiti Kaherah) dipelawa memohon tinggal di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Sewa bulan penginapan juga adalah serendah EPG48.00 sahaja sebulan (termasuk bil air dan elektrik). Kelengkapan seperti gimnasium, surau, perpustakaan, dewan besar, dan kafeteria turut disediakan .

Baca Juga :  Saps Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan

Syarat Permohonan Ke Universiti Di Jordan

Program Ijazah pertama Perubatan dan Pergigian

Pemohon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan memperoleh purata     sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM dan sekurang-kurang mendapat gred A- dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik , Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab. Universiti yang menawarkan program perubatan adalah Universiti of Jordan yang menawarkan yuran sebanyak (24,320.00)USD dari tahun 1 hingga 6 dan Jordan Universiti of Science and technology dengan yuran sebanyak (19,576.00)USD juga dari tahun 1 hingga 6.

Program Ijazah pertama Pengajian Islam

Untuk pengajian Ini,pemohon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM dan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Bahasa Arab dan subjek yang berkaitan Pengajian Islam di peringkat Islam di peringkat SPM. Antara universiti yang menawarkan program ini ialah Universiti Jordan dengan yuran (8,020.00) dari tahun 1 hingga 4, universiti of Yarmouk dengan yuran (3,481.00)USD, Universiti Mu’tah dengan yuran (3,742.50)USD, dan Universiti Al-Albayt dengan yuran berjumlah (3,456.50)USD.

Oleh itu, bagi pelajar ataupun individu yang layak untuk memohon melanjutkan pengajian ke Universiti ini semoga berjaya dan diharap permohonan anda diterima.

Laman web Permohonan Belajar ke Timur tengah

Untuk pengetahuan, mungkin ada cara lain untuk membuat permohonan ke timur tengah ini, adalah lebih baik jika permohonan dibuat terus melalui laman rasmi dari kementerian sendiri, untuk membuat permohonan anda boleh rujuk Laman Rasmi Permohonan Timur tengah ( Klik Sini ). Semoga permohonan anda berjaya dan berjaya menyambung pengajian.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here