Bagaimana Mudah Mencari Jawatan Kosong Terkini

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagaimana Mudah Mencari Jawatan Kosong Terkini 1

Persoalan yang sering berlegar di fikiran para graduan adalah untuk mencari jawatan kosong terkini selepas tamatnya pembelajaran sama ada melalui peringkat diploma, ijazah dan lain-lain peringkat. Era masa kini bukanlah seperti zaman-zaman dahulu yang memerlukan para graduan untuk mencari kerja di akhbar-akhbar atau majalah. Kini, semuanya dihujung jari dimana para graduan boleh memohon terus jawatan kosong di laman sesawang dan pemohonan itu akan diterima dan disemak oleh para majikan. Mudah bukan? Ianya boleh menjimatkan masa dan kos pencarian kerja. Oleh itu, para pencari kerja boleh lah mencari kerja sama ada kerja sambilan atau kerja sepenuh masa.

Bagaimana Mudah Mencari Jawatan Kosong Terkini 2

Mencari Jawatan Kosong Terkini

Pencarian jawatan kosong kini adalah lebih mudah berbanding dahulu kerana para pencari kerja boleh menggunakan toolsfilter‘ untuk mencari jawatan kosong sama ada mengikut negeri, jenis pekerjaan, jenis jawatan dan lain-lain. Paparan yang akan ditunjukkan adalah hanya yang berkaitan dengan pilihan anda. Segala maklumat mengenai jawatan turut disertakan dan membolehkan para pencari kerja untuk berhubung terus dengan syarikat sama ada melalui email atau telefon. Dinasihatkan agar para pencari kerja bersiap sedia dengan bahan-bahan rujukan seperti resume, sijil, gambar passport dan lain-lain bahan bagi memudahkan anda untuk terus memuat naik bahan rujukan tersebut di laman web yang berkaitan. Berikut merupakan senarai laman web yang boleh anda lawati untuk mencari kerja :-

Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

Alamat web Jawatan kosong

Bagaimana Mudah Mencari Jawatan Kosong Terkini 3

Selain dari itu, proses pencarian kerja menjadi lebih mudah dengan aplikasi-aplikasi yang boleh dimuat turun kerus ke telefon bimbit anda di Google Playstore atau Apple Appstore. Hanya dengan satu klik, anda anda disambungkan terus ke paparan untuk mencari kerja. Selain itu aplikasi ini akan membolehkan anda untuk menerima notifikasi penting seperti jawatan kosong di sekitar anda, tarikh temuduga dan lain-lain notifikasi. Fungsinya juga sama seperti laman web, anda hanya perlu memilih toolsfilter‘ mengikut jenis pekerjaan yang anda inginkan. Antara jenis aplikasi yang boleh dimuat turun adalah :-

Aplikasi Jawatan Kosong

  • LinkedIn
  • Kerja Kosong Malaysia-Fast
  • FastJobs-Get Jobs Fast
  • Jora Jobs
  • SlingApp

Bagaimana Mudah Mencari Jawatan Kosong Terkini 4

Jika anda berminat untuk mencari kerja face-to-face, ‘Job Fair’ ataupun pameran kerjaya merupakan platform yang sesuai untuk anda dimana anda boleh memilih sendiri syarikat yang anda minat, hantar resume dan terus ditemuduga pada hari yang sama. Menghadiri Job Fair ini membolehkan anda lebih mengetahui pelbagai jenis syarikat sama ada kecil atau besar yang berpotensi mengambil anda sebagai pekerja. Selain itu, platform ini juga membolehkan anda untuk terus bertanya mengenai syarikat atau jawatan yang ditawarkan. Anda akan lebih menjimatkan masa dari menghadiri sesi temuduga yang lain. Selain itu, Job Fair ini selalunya dilaksanakan di setiap negeri pada setiap tahun. Jadi, syarikat yang terlibat dengan Job Fair merupakan syrikat yang sedang mencari pekerja untuk memenuhi jawatan kosong pada waktu semasa.

Info Tambahan :  Tarikh SPM 2022 dan Cara Semakan

Anda boleh mengetahui tarikh Job Fair ini akan dilaksanakan di internet, surat khabar ataupun anda boleh menerima notifikasi melalui mesej atau email jika anda mendaftar ke Job Malaysia. Anda akan menerima notifikasi bagi semua Job Fair yang bakal dijalankan di negeri anda. Jadi, tidak usah risau jika anda terlepas tarik-tarikh penting Job Fair ini dijalankan. 

Proses mencari kerja menjadi lebih mudah pada masa kini kerana anda hanya perlu melayari internet untuk mengetahui informasi-informasi terkini. Semoga dengan informasi yang diberikan ini dapat membantu anda dalam mencari kerja pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top