Borang dan Permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Borang dan Permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 1
Asrama 1 Malaysia

Permohonan Asrama 1 Malaysia bagi kemasukan tingkatan 1 borangnya boleh mula dimuat turun kini. Asrama 1 Malaysia merupakan salah satu tempat kediaman untuk pelajaran yang baru diperkenal kerajaan Malaysia bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar berbilang kaum dapat tinggal sebumbung dan bersekolah di sekolah yang sama.

Tingkatan 1 yang ditempatkan di asrama 1 Malaysia ini adalah satu tempoh percubaan dengan matlamat pelajar akan merasai keserasian dan mengurangkan tekanan dirumah terutama yang berada jauh dari sekolah.

Syarat permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia

  1. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
  2. Terbuka kepada SEMUA KAUM.
  3. Pemohon mestilah LELAKI sahaja.
  4. Keputusan UPSR 2011 (5A/7A) atau minima 4A1B.
  5. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana
  6. Aktif dalam kokurikulum
  7. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR sekolah menengah semasa di mana pemohon belajar
  8. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
  9. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut : a ) Sijil lahir pemohon / kad pengenalan , b ) Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa., c ) Keputusan UPSR 2011 (5A/7A atau 4A/1B), d ) Aktif dalam kokurikulum (Sertakan Salinan Sijil
  10. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Pilihan Sekolah untuk Asrama 1 Malaysia

Buat masa ini ada 3 pilihan sekolah yang boleh dibuat iaitu :

  1. SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
  2. SMK METHODIST,  KUALA LUMPUR
  3. SMK ST. JOHN, KUALA LUMPUR

Cara Memohon Asrama 1 Malaysia

  1. Untuk memohon terlebih dahulu muat turun borang Asrama 1 Malaysia di laman Kementerian Pelajaran atau KLIK SINI
  2. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR sekolah menengah semasa di mana pemohon belajar
  3. Setelah lengkap mengisi borang yang disediakan, hendaklah menghantar ke :

PENGARAH,

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604, PUTRAJAYA

Tel : 03 – 8884 9433   Fax : 03 – 8884 9342

** Catatkan di sebelah kiri sampul surat : ’PERMOHONAN ASRAMA 1 MALAYSIA

3 thoughts on “Borang dan Permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia

  1. asrama penuh 1 malaysia untuk tahun 2015 bagi tingkatan 1 masih ada ke untuk sekolah Victoria Insitution atau St John. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *