Bahana Merokok
Merokok sudah pasti dan sudah diketahui merupakan suatu perkara yang tidak baik untuk diamalkan. Namun, berapa ramai yang ambil peduli tentang perkara ini. Peratusan mereka yang merokok amatlah tinggi di negara ini. Dan peratusan yang disumbang oleh perokok muda atau remaja adalah amat memeranjatkan. Sangat ramai remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun yang telah merokok. Disini saya ingin kongsikan beberapa fakta tentang kesan buruk merokok sama ada jangka pendek, jangka panjang, mahupun kesannya kepada mereka yang tidak pun merokok.
Kesan-Kesan Jangka Pendek Merokok
– Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menuju ke otak akan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Maka fungsi otak perokok akan merosot.
– Mengurangkan kadar pengaliran darah ke telinga boleh menyebabkan pekak.
– Merokok menyebabkan mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan.
– Perokok mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak, nafas berbau dan mendapat jangkitan pada mulut. Gigi juga akan menjadi kuning.
– Merokok dapat mengurangkan deria bau.
– Mengurangkan suhu badan, kulit muka akan cepat berkedut.
– Kemerosotan keupayaan paru-paru untuk menyedut oksigen menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan.
Kesan-Kesan Jangka Panjang Merokok
Merokok meningkatkan risiko untuk mudah mendapat penyakit:
– Kanser (contohnya paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
– Penyakit jantung
– Strok atau angin ahmar
– Penyakit paru-paru (contohnya lelah, radang paru-paru)
– Penyakit mulut dan gusi
– Ulser (contohnya perut)
– Osteoporosis
– Kemandulan
– Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
– Mati pucuk
Kesan Asap Rokok Terhadap Perokok Pasif
Perokok pasif adalah sesiapa sahaja penghidu asap rokok sama ada sengaja mahupun tidak (walaupun orang tersebuttidakmerokok)
Kesan yang mungkin didapati oleh penghidu asap rokok adalah 6 kali
lebih tinggi berbanding perokok itu sendiri. Oleh itu bolehlah dikatakan disini bahawa perokok haruslah dipersalahkan sekiranya terdapat sesiapa yang tidak merokok mendapat penyakit atau mana-mana kesan buruk daripada asap rokok.
Kesan asap rokok terhadap perokok pasif
1) Kesan jangka pendek
– Sakit kepala, pening, muntah
– Memberi tekanan kepada jantung
– Menjejaskan keupayaan paru-paru untuk menyedut oksigen seterusnya mengakibatkan kesukaran bernafas.
2) Kesan jangka panjang
– Peningkatan kadar penyakit jantung dan kanser setelah lama terdedah kepada asap rokok.
– Menyebabkan serangan asma kepada penghidap asma atau lelah.
3) Kesan asap rokok terhadap kanak-kanak
– Pendedahan kepada asap tembakau boleh menyebabkan berlaku peningkatan penyakit radang paru-paru, jangkitan kuman pada paru-paru dan masalah pernafasan.
– Asap rokok juga boleh menyebabkan jangkitan telinga yang serius.
– Kanak-kanak yang menghidap asma boleh diserang penyakit itu secara tiba-tiba apabila terdedah kepada asap rokok.
– Pendedahan kepada asap rokok juga menyumbang kepada peningkatan kes sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS = ‘Sudden Infant Death Syndrome’).
– Wanita mengandung yang merokok dan wanita mengandung tidakmerokok tetapi terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir mengalami masalh kurang berat badan. Selain itu, bayi itu juga mudah menghadapi masalah kesihatan dan kemampuan pembelajaran yang rendah.
Wallahualam.
Disediakan / diolah oleh: niaron