Bahasa badan semasa komunikasi

0
11

Komunikasi merupakan perkara yang mesti dan selalu kita buat. Hidup tanpa komunikasi merupakan sesuatu yang pelik kerana manusia tidak boleh lari dari berhubung dengan orang lain disekelilingnya. Alfred Adler dalam teori psikologi individu berpandangan bahawa manusia adalah makluk sosial yang gemar untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Perasankah anda apabila berkomunikasi dengan seseorang jika diamati ada perlakuan-perlakuan yang membawa erti tertentu yang perlu untuk kita fahami. Apabila kita bercakap dengan seseorang :

  • Dia melihat diluar tingkap dan melihat orang lalu : Mungkin dia ada komitmen lain diluar atau rasa sesuatu lebih penting.
  • Melihat tepat kemuka kita bila kita bercakap : Mungkin dia nak tahu cerita selanjutnya.
  • Lihat jam di tangan atau didinding : Mungkin kesuntukan masa yang dirancang ataupun dia tiada masa untuk layan anda.
  • Memandang ke atas, meletakkan tangan di dagu, merenung kawasan yang kosong atau menoleh kekiri atau kekanan secara perlahan : Mungkin dia sedang berfikir untuk membuat pertimbangan idea anda.
  • Mimit muka, berkerut, mengerut kening : Mungkin dia tidak percaya atau curiga kata-kata kita itu.
  • Menarik nafas dalam, menggeliat : Mungkin dia mula bosan dengan cakap anda.
  • Membuat kerja lain ketika anda bercakap : Mungkin dia rasakan apa yang anda cakapkan tidak penting ataupun dia sengaja tidak mahu ambil perhatian atau bosan.
  • Berpeluk tubuh ketika berbincang : Mungkin ada sesuatu rahsia yang disimpan dan disorokkan dari pengetahuan anda.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :