Bantuan Insentif Kepada Golongan Belia Yang Berusia 18 sehingga 30 Tahun

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bantuan insentif kepada golongan belia

Semua terkesan dengan pandemik COVID -19 ini, justeru itu pihak kerajaan telah mengambil pendekatan dengan menyediakan bantuan insentif kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 30 tahun.

Bantuan ini bagi meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID -19 yang sudah melanda dunia hampir setahun lebih. Menerusi belanjawan 2021, kerajaan akan meneruskan inisatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO. Kini program inisiatif ini dikenali sebagai PENJANAKERJAYA PERKESO 2021. 

TAHUKAH ANDA!!!

Program ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau PERKESO. Program ini bagi memberi peluang menambah pengalaman bekerja dlaam jangka masa pendek. Pengalaman ini sekurang-kurangnya 3 bulan sepenuh masa.

Program ini juga sudah ditambahbaik oleh pihak kerajaan dengan menyediakan insentif sebanyak RM1,000 kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia ini. Tujuan pemberian insentif sebanyak RM1,000 ini bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja untuk masa kini. 

Bantuan Insentif Kepada Golongan Belia Yang Berusia 18 sehingga 30 Tahun

Bantuan insentif kepada golongan belia

Disini kami akan berkoingsikan maklumat-maklumat mengenai pendaftaran program penjanakerja 2.0 ini. Maklumat yang diberikan akan memudahkan lagi urusan para belia untuk emnambahkan ilmu pengetahuan mereka berkenaan dengan program ini. 

Objektif program

Bagi MENINGKATKAN pengetahuan dan kemahiran belia di alam pekerjaan melalui latihan on-the-job traning. Ianya bagi, MENINGKATKAN kebolehpasaran belia. 

Insentif Perantisan 

Insentif yang diterima bagi majikan/ perantis program ini termasuklah:-

  • Bayaran RM1,00 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minuman 3 bulan
  • Gaji/ elaun minuman adalah sebanyak RM1,200 sebulan
  • Majikan hanya akan memohon 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja LAYAK menerima elaun kesediaan kerja/ bantuan 
“BUKAN gaji yang dipandang TETAPI ilmu dan kemahiran yang menjadi kayu ukur pada zaman kini”

Syarat kelayakan

Setiap permohonan pasti mempunyai syarat kelayakan. Justeru itu, bagi permohonan Bantuan insentif kepada golongan Belia ini terdapat beberapa syarat kelayakan. Bagi program ini, syarat kelayakan bagi menyertai program penjanakerjaya 2.0 ini adalah seperti berikuit:-

  • WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA 
  • Lepasan sekolah/ graduan berusia 18 -30 tahun
  • Calon yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dna vadan-badan berkanun
Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Calon yang TIDAK LAYAK memohon program penjanakerjaya 2.0 adalah:-

  • Pelajar menjalani Latihan Industri (intership)
  • Pelajar yang belum tamat pengajian
  • BUKAN WARGANEGARA 

PERINGATAN!!!

Syarikat yang berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi mengambil perantis di portal MYFutureJobs. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.

Pada masa yang sama, majikan LAYAK memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan di serap sebagai kerja tetap.

Cara Permohonan Program Penjanakerjaya 2.0

Bantuan insentif kepada golongan belia

Cara permohonan bantuan insentid kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 30 tahun adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

1. Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my
2. Belia yang ingin memohon atau menyertai program Perantisan, sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan menerusi portal MyFutureJobs 

PENTING!!!

TARIKH PERMOHONAN bagi program ini bermula pada 1 JANUARI 2021 sehingga 30 JUN 2021.

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan program ini boleh dikemukan melalui Pegawai P[erkhidmatan pelanggan PERKESO di talian :-

03-8091 5300/ 1-300-22-8000

ATAU 

Email kepada [email protected]

Walaupun pada musim pandemik ini ramai yang sudah kehilangan pekerjaan TETAPI pihak kerajaan tidak henti-henti memikirkan cara untuk membantu rakyat mendapatkan pekerjaan. Ianya bertujuan untuk membantu rakyat menyara keluarga agar TIDAK hilang terus punca seharian.

Justeru itu, kita perlu mengambil segala peluang yang ada untuk meningkatkan semula taraf kehidupan agar masa depan anak-anak dan ahli keluarga terjamin.

Setiap kepayahan yang dirasai itu adalah nikmat kerana setiap kepayahan pasti akan ada sinar kejayaan. Apa yang penting kita perlu berusah untuk berjaya TANPA mengharapakan simpati atau bantuan daripada orang lain. Usaha untuk mengecapi kebahagian dan kemewahan. Kekayaan dan kemewahan TIDAK akan datang bergolek ianya memerlukan usaha dan pengorbanan. 

***USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN YANG BUKAN MUDAH UNTUK DIKECAPI TETAPI MUDAH DIPEROLEHI DENGAN BERUSAHA***

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top