Bantuan Khas Raya Kakitangan Kerajaan dan Pesara 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Bantuan Khas Raya Kakitangan Kerajaan dan Pesara 2014 1

Bonus raya

Berita baik kepada kakitangan kerajaan, kerajaan mengumumkan bantuan khas sempena Aidilfitri untuk tahun 2014 ini. Bantuan khas ini adalah kepada kakitangan awam dan juga pesara dan penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Bagi pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas sama bernilai RM250 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Bantuan Khas Aidilfitri

  • Kakitangan kerajaan gred 1 – gred 54 ( RM 500 )
  • Pesara ( RM 250 )
  • Tarikh pembayaran 15 Julai 2014

Hal pembayaran bantuan aidilfitri ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menerusi satu kenyataan kemarin.

Info Tambahan :  Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2 Tahun 2021

Menurut beliau, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

“Kerajaan berharap dengan bayaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran,”

Bagi kami tahniah kepada kakitangan awam, semoga lebaran ini banyak perkara dapat dibeli untuk anak atau insan teristimewa demi meghayati pengertian sebenar ibadah puasa dan aidilfitri.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments