Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hampir ditutup. Justeru itu, sebagai PERINGATAN kali kedua sebelum permohonan di tutup. Peringatan ini bagi mereka yang masih belum melakukan permohonan untuk melakukan permohonan dengan kadar yang SEGERA.
“PERINGATAN Permohonan bagi mereka yang layak memohon bagi memudahkan urusan pembayaran bantuan pada masa akan datang”
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah pihak kerajaan lancar bertujuan bagi membantu rakyat yang mengalami masalah disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan ini. Justeru itu, semua rakyat perlu peka akan pendaftaran permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini bagi mengelakkan anda tidak dapat bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini selain daripada permohonan I-sinar kategori 2.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
“Permohonan BPR bermula 15 Januari 2021 sehingga 25 Februari 2021”
Permohon DIGALAKKAN untuk membuat permohonan BPR secara atas talian bagi mengelakkan perkumpulan beramai-ramai di kaunter LHDN berdekatan rumah anda. Ianya bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan COVID -19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial. Justeru itu, amatlah digalakkan pemohon melakukan permohonan secara atas talian berbanding dengan ke kaunter LHDN yang berdekatan.
Permohonan BPR hanya perlu “KLIK DISINI”
“Bagi mereka yang menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 hanya perlu mengemaskini maklumat diri anda SEKIRANYA mempunyai perubahhan maklumat”
Manakala, permohonan BAHARU boleh dilakukan oleh pemohon yang TIDAK MENERIMA BSH 2020/ BPN 2.0
“Permohonan Baharu adalah bagi mereka yang TIDAK layak mendapatkan BSH 2020/ BPN 2.0 atau bagi mereka yang pertama kali hendak melakukan permohonan”
MAKLUMAT Pembukaan Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Hari/ Tarikh Operasi : Hari Bekerja
Lokasi Operasi :
i) Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM Semenanjung
ii) Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM Sabah/ Sarawak
Masa : 8.00 Pagi sehingga 1,00 Petang
PERINGATAN!!!
Kaunter BPR TIDAK akan DIBUKA pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti Negeri (Bagi Negeri yang Terlibat)
Manakala, bagi cawangan/ PKH yang TIDAK beroperasi pada tarikh di atas, segala notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan pada premis berkenaan. Kaunter pembukaan BPR di UTC adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di sesuatu tempat. Pada masa yang sama, masa pembukaan kaunter adlaah tertakluk kepada pindaan pihak kerajaan.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang bakal rakyat nikmati adalah seperti berikut:-
1) Isi Rumah
a) Isi Rumah B40 (Gaji bawah Rm2,500)
> Jumlah anak 1 orang akan mendapat bantuan sebanyak RM1,200
> Jumlah anak 2 orang atau lebih akan mendapat bantuan sebanyak RM1,800
b) Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)
> Jumlah anak 1 orang akan menerima bantuan sebanyak RM800
> Jumlah anak 2 orang atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200
c) Isi Rumah M40 (Gaji RM4,001 sehingga RM5,000)
> Jumlah anak 1 orang akan menerima bantuan sebanyak RM500
> Jumlah anak 2 orang atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM750
2) Bujang
- Warganegara Malaysia
- Bekerja Di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun
Syarat penerima BPR kategori Bujang adalah:-
- Bujang atau
- Ibu atau bapa tunggal/ balu/ Janda/ Duda yang TIADA anak serta
- Had umur 21 tahun sehingga 59 tahun
ATAU - Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun sehingga 59 tahun
Jumlah pembayaran BPR adalah seperti berikut:-
- Fasa pertama : RM150
- Fasa Kedua : RM200
“Pembayaran fasa pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat dan fasa kedua DIJANGKA pada April/ Mei 2021”
Bantuan yang pihak kerajaan sediakan adalah merupakan bantuan dalam sekala yang kecil. Walaupun bantuan tersebut dalam sekala yang kecil TETAPI ianya cukup bermakna bagi mereka yang sangat terkesan akan pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, sebagai rakyat yang bijak kita perlu bijak juga dalam berbelanja bagi memastikan segala usaha yang pihak kerajaan ambil tidak sia-sia.
“Pilihan berbelanja dengan bijak ada di tangan anda, anda adalah penentu masa hadapan anda”
*** Berbelanjalah dengan bijak ***
Rujukan:-