Bantuan Usahawan, Pelajar/ Lepasan IPMa Bertuah

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page
Bantuan Usahawan
Bantuan Usahawan

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi, satu program bantuan usahawan dianjur oleh MARA. Program ini dinamakan sebagai Program PUTRA yang memberikan peluang dan bantuan setiap pelajar dan bekas pelajar Institut Pendidikan MARA ( IPMa ) untuk melibatkan diri dalam semua bidang perniagaan (termasuk perniagaan online), kecuali pertanian dan penternakan.

Apa yang menarik lagi, pembiayaan memulakan perniagaan juga disediakan iaitu had maksimum pembiayaan adalah berjumlah RM10,000.00 dan ia tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan masing-masing.

Kelayakan memohon bantuan usahawan Program PUTRA

  • Pelajar / lepasan IPMa yang telah menamatkan pengajian di IPMa (<12 bulan).
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan berkenaan.
  • Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika berkaitan.
Baca Juga :  UPU Semak Syarat dan Permohonan 2017

Permohonan ini bukan sahaja kepada pelajar IPMa semasa, tetapi ia juga kepada bekas pelajar IPMa ( <12 bulan ). Kemudahan yang disediakan juga merangkumi pembelian aset perniagaan dan modal pusingan.

Apakah institusi dibawah IPMa?

Untuk pengetahuan, institusi IPMa itu adalah dari institusi yang dinyatakan dibawah ;

  • GIATMARA
  • IKM/KKTM
  • KPTM ( Kolej Polytech Mara )
  • KPM ( Kolej Profesional Mara )
  • UniKL

Bagaimana ingin memohon Program Putra

Jenis PelajarCara memohon
Pelajar SemasaBagi pelajar IPMa (GIATMARA, IKM/KKTM, KPTM, KPM, UniKL), permohonan boleh dihantar kepada pihak institusi pengajian masing-masing.
Pelajar Lepasan (<12 bulan )Bagi lepasan IPMa, permohonan boleh dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) di mana perniagaan itu dijalankan.
Baca Juga :  Permohonan ke UM Ambilan Febuari 2018

Adakah pembiayaan perlu dibayar balik

Mengikut kefahaman kami pembiayaan perlu dibayar balik, tetapi apa yang menarik pembiayaan tadi tidak dikenakan kadar keuntungan.

Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan. Di bawah kaedah ini, pelanggan tidak dikenakan sebarang kadar keuntungan untuk pembiayaan yang diberikan.- Iklan Permohonan Program PUTRA Laman Rasmi MARA

Tempoh bayaran balik pembiayaan ialah maksima 3 tahun dan tempoh bernafas ialah 3 bulan setelah penerimaan pembiayaan. Cagaran tidak diperlukan tetapi pemohon perlu mengemukakan seorang penyokong (referee) di kalangan keluarga terdekat sahaja.

Bagi kami ia satu peluang yang baik untuk bergelar usahawan. Kursus dan tunjuk ajar juga diberikan bagi memberi bantuan untuk usahawan baru. Untuk pengetahuan, peruntukan juga diagih kepada setiap negeri, diharapkan anda cepat bertindak bagi mengelakkan kehabisan pembiayaan di negeri masing-masing.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here