Namun demikian, ada juga antara mereka yang membangkang serta tidak menyokong pendapat ataupun usaha yang telah kita lakukan. Perbuatan mengiakan atau menyokong pendapat kita boleh membuatkan kita gembira dan lebih bersemangat. Tetapi jika kita dikritik dan pendapat kita tidak disokong menyebabkan kita menghadapi kesedihan dan kesusahan.
Jika kita renungkan, sebenarnya ada kelemahan serta kerugian yang kita akan alami sekiranya pendapat dan idea kita sentiasa dipersetujui oleh ramai pihak. Hal ini kerana mungkin persetujuan itu sekadar dibuat untuk menjaga hati kita. Sepatutnya kita berasa beruntung kerana kita dikritik secara sederhana kerana kita sebenarnya telah mendapat sesuatu cadangan dan ilmu dari pengkritik itu. Sekiranya kita sentiasa disetujui segala pendapat kita sebenarnya kita akan tidak dapat apa-apa.
Hal ini boleh diambil kira sekiranya pengkritik itu mengkritik dengan berhemah dan menjaga hati saudaranya. Adalah lebih baik sekiranya menggunakan laras yang baik, kritikan yang disertakan dengan idea yang bernas serta kritikan yang cukup bersederhana.
yer..mmg patut diketahui oleh mereka yang selalu rasa diri disokong..supaya tak lg berbangga dgn apa yg dianugerahkan..
Yup..kdg2..perlu kita renungi diri..tentg apa yg telah kita lakukan dan ape yg org rasa..