Banyak perkara perlu kita belajar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam hidup kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai impian yang kita ingini. Bagi mereka yang bijak merancang untuk mencapai impian tersebut akan terlebih dahulu akan berfikir dan merancang perjalanan untuk mencapai matlamatnya.

Namun demikian seringkali dan ada juga antara kita akan mengatakan diri cukup bersedia menempuhinya sedangkan kita belum mencubanya. Begitu juga ilmu dan kaedah mencapainya, seringkali kita rasakan ia sudah mencukupi berdasarkan pengamatan dan firasat kita.

Hakikat sebenar setelah kita menempuhinya barulah kita tahu bahawa sebenarnya diri kita belum cukup bersedia dan masih banyak lagi ilmu yang perlu kita belajar. Ia seperti kita mendaki gunung, setelah mendaki gunung yang tinggi kita akan mendapati sebenarnya masih banyak lagi gunung yang perlu kita daki. Hal ini kerana, kita sudah mula nampak pandangan yang sebenarnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top