BELANJAWAN 2020: Pendidikan, Graduan dan Pekerja

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

BELANJAWAN 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng pada 11 Oktober 2019. Ia merupakan kali kedua beliau membentangkan belanjawan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun lalu.

BELANJAWAN 2020: Pendidikan, Graduan dan Pekerja 1

Tema Belanjawan 2020 ialah “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama“.

Rakyat akan mendapatkan manfaat atas peruntukkan yang diberikan kepada Kementerian-kementerian Malaysia oleh kerajaan Pakatan Harapan khususnya kepada Pelajar.

Antara perkara yang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar mahupun pekerja sektor awam oleh peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan ialah:

BELANJAWAN 2020: Pendidikan, Graduan dan Pekerja 2

  • Kerajaan telah memperuntukkan RM 64.1 Billion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020, kenaikan daripada RM 60.2 Billion dari tahun 2019.
  • Kerajaan peruntukan sebanyak RM783 juta untuk membaikpulih sekolah daif.
  • Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA.
  • #PrantisKerja: elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus Technical and Vocational Education and Training (TVET).
  • #WatanKerja: Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.
  • #WanitaKerja: insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300. Pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.
  • #WanitaKerja: Kerajaan telah mengarahkan kajian semulu Akta Kerja 1955 dimana tempoh cuti bersalin ialah 90 Hari daripada 60 hari. Ini akan berkuatkuasa pada tahun 2021.
  • I-Suri, membolehkan suami menyumbang 2% caruman ke dalam akaun Employees Provident Fund atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.
  • RM 500 bantuan khas kewangan bagi penjawat awam Ged 56 dan ke bawah.
  • #GraduanKerja: Insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan.
  • Penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) 75 hari bagi saraan penjawat awam.
  • #MalaysiaKerja bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
  • Penubuhan Pejabat Inovasi Sehenti Bermula dengan Universiti Malaya.
  • Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1200/bulan di wilayah bandar-bandar utama pada tahun 2020.
  • Bagi meneggakkan Syiar Islam, Kerajaan telah memberi elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
  • RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah. RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada tahun 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
  • Peruntukan RM 1.3 Bilion bagi instirusi MARA dan RM 2 bilion bagi pinjaman pelajar MARA.
  • Peruntukan dana bagi Malaysia Technology University Network (MTUN) yang menawarkan kursus ijazah untuk pelatih lepasan Kolej Vokasional.
  • Peruntukkan RM 5.9 Bilion bagi program Technical and Vocational Education and Training (TVET)
  • RM 23 Juta diperuntukkan bagi memastikan Sekolah Mesra OKU.
  • Pembinaan sekolah baru di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Johor Bahru dan Marang.
  • Peruntukkan RM783 Juta bagi membaiki sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukkan RM735 Jura bagi penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah.
  • Peruntukan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *