Rasa Lapar Di Waktu Tengah Hari

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Rasa lapar tidak semestinya perut berkeroncong.Bagi penulis sendiri rasa lapar kadang-kadang rasa letih dan pening kepala.Itu juga sebahagian daripada tanda bahawa kita lapar.Bila perut kita lapar, kita akan sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kerja mahupun pembelajaran.
Perut yang lapar akan membuatkan kita sukar untuk melakukan keputusan yang mudah sahaja.Kita akan lebih memikirkan rasa lapar tersebut daripada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Sarapan pagi adalah penting untuk perut kerana ia dapat membantu kita ketika makan tengah hari.Jika kita menahan lapar dari pagi, ia akan mendorong kita untuk makan berlebihan di waktu tengah hari berbanding bagi mereka yang menikmati makan pagi.Makanan yang di ambil pada tengah hari berkurangan kerana perut telah di isi sebelum ini.
Makan mala juga kita disarankan untuk mengambilnya selepas pukul 6 petang.Bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.Apabila kita berasa lapar kita akan cenderung untuk mengambil makanan atau minuman yang manis dan hal ini tidak elok untuk kesihatan.Bertukar pemakanan tersebut kepada snek yang lebih sihat.
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini juga,bersahur itu bukan sahaja untuk mendapatkan keberkatan, ia juga membantu kita ketika berbuka nanti.
Jadi selepas ini sentiasa memastikan badan kita menerima makanan yang sehat pada masanya.Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan,tidak disarankan supaya meninggalkan waktu makan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here