RAKAN sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu bergaul. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik yang ada. Apabila berada di luar rumah, dia akan bergaul dengan rakan sebaya.
Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita tahu bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya mereka. Bagi remaja pula, rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Remaja cenderung untuk meniru setiap tingkah laku rakan sebaya mereka. Hal ini berlaku kerana banyak masa yang dihabiskan bersama rakan sebaya mereka.
Selain itu, rakan sebaya juga merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh dalam pembentukan sikap dan akhlak individu. Mengapa? Kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi remaja dalam tingkah laku mereka. Remaja akan ubah suai dan adaptasikan nilai rakan sebaya mereka untuk dapatkan penerimaan dan akur daripada kumpulan rakan sebaya yang diikuti. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya dapat mencorakkan personaliti seseorang. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya sangat penting.
Pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan pengaruh yang negatif atau kejahatan juga boleh datang dari rakan sebaya. Pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti yang lebih memberikan kesan positif kepada rakan yang lain, seperti penglibatan dalam aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran diri, manakala pelajar yang bermasalah akan memberikan kesan yang sama kepada rakan yang lain.
Remaja seharusnya bijak memilih rakan sebaya yang boleh menjadikan mereka remaja yang cemerlang baik dari segi akademik dan akhlak. Kerana tingkah laku remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Kesilapan remaja memilih rakan sebaya akan membuatkan remaja terjerumus dalam gejala sosial.
Secara keseluruhannya, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam memacu arah tuju hidup kita. Bukan semua rakan yang kita ada akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan ,yang penting dan pasti BERHATI-HATI.
3 thoughts on “Berhati-Hati Dalam Memilih Rakan Sebaya”
Wow . Jdi pnulis oo 😄
Macam kenal plk gambar tu..
Smestinya 😊