Berita Baik Hari Guru 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Berita Baik Hari Guru 2012 1
Selamat Hari Guru

Hari ini merupakan hari guru untuk tahun 2012, sebentar lagi akan diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2012 yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Untuk tahun-tahun sebelum ini, hari guru pasti mempunyai berita baik yang di keluarkan dalam ucapan Perdana Menteri ataupun Menteri Pelajaran.  Khabar baik ini semestinya bagi memberikan penghargaan kepada jasa guru serta memberikan lebih motivasi serta galakan kepada semua guru dalam menjalankan tugas seharian. Berikut ialah antara dan sedikit ringkasan berita baik yang pernah dinyatakan untuk tahun-tahun sebelum ini.

Hari guru 2010

  • Ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
  • Mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500.
  • Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah
  • Mempercepat kenaikan pangkat DG 44 ke DG 48.
  • Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Hari guru 2011

  • Kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
  • Laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun.
  • Kenaikan pangkat guru terutama dikalangan pengetua, guru besar, penolong kanan dari DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru, Gred Khas C = 72 guru, DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru, DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru

Hari guru 2012

Ada banyak khabar telah ditimbulkan dan ada juga cuba mencongak khabar baik untuk tahun ini, yang pastinya tahun 2012 ini mungkin khabar baiknya lebih hebat kerana berdasarkan situasi dunia Pendidikan serta negara kini. Ada yang menyatakan akan berlaku kenaikan-kenaikan? Ada yang mengatakan ada bonus? Dan ada juga menduga kenaikan pangkat? Hal ini ditambah lagi, ada penyataan berita baik kepada guru sebelum ini oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam Utusan Malaysia 10 Mei 2012 baru-baru ini.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

[highlight]Update 17 Mei 2012 : Ringkasan Khabar baik Hari Guru 2012[/highlight]

Walau apapun yang akan berlaku, kami di xpresi pasti bahawa ada berita gembira yang akan dikeluarkan sebentar nanti. Walau apapun khabar yang dikeluarkan, pastinya guru-guru seluruh Malaysia terus komited dengan tugas masing-masing serta mempunyai semangat tersendiri untuk ikhlas mendidik anak bangsa yang seimbang dari semua aspek walaupun aspek dunia mahupun akhirat.

Di kesempatan ini, ingin saya dan xpresi mengucapkan “ Selamat Hari Guru “ kepada semua guru yang telah mengajar saya dari sekolah tadika sampailah ke Universiti. Jasa cikgu-cikgu semua amatlah saya kenang.. Tanpa cikgu, saya tidak boleh membaca, mengira mahupun menulis disini..“ Terima Kasih Cikgu “


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *