Berita Baik Pelajar Kolej Vokasional Juga Boleh Ke IPTA

0
25

Satu berita baik untuk pelajar Kolej Vokasional, kini diperkukuhkan lagi oleh menteri bahawa ia  juga diutamakan untuk pelajar Kolej Vokasional ke IPTA. Sebelum ini mungkin ada juga pelajar Kolej Vokasional yang berjaya ke IPTA tetapi ada juga yang sukar diterima. Kebanyakan tidak diterima disebabkan masalah kelayakan dan juga tidak cukup syarat.

Kolej Vokasional
Kolej Vokasional

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan pelajar lepasan diploma Kolej Vokasional ini diberi peluang melanjutkan pelajaran. “Bagi pelajar KV 2012 hingga 2016 lepasan diploma layak memohon melanjutkan pelajaran ke IPTA seperti surat yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi,” jelasnya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Baca Juga :  Pengambilan Tentera Darat 2017

Menurutnya lagi, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah selesai membuat verifikasi dan akreditasi program diploma di 15 KV di seluruh negara.

 “Kementerian Pendidikan mensasarkan akreditasi penuh daripada MQA pada Disember 2017.

“MQA telah selesai tugasnya membuat penilaian 16 program diploma yang terdapat di KV,” katanya.

“Kerajaan mensasarkan objektif 70 peratus graduan KV berjaya mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

“Sebanyak 20 peratus disasarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di IPTA dan 10 peratus menjadi usahawan,” katanya.

“Setakat ini kebolehcapaian graduan pada batch pertama Ogos 2016 telah berjaya mendapatkan pekerjaan.

“90 peratus daripada 2273 graduan ini telah mendapat pekerjaan di bidang yang mereka pelajari, ini menunjukkan graduan KV diiktiraf oleh industri,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Abdul Azeez dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat. – Sumber

Seperti apa maklumat yang ada, menunjukkan pemimpin negara mula mengiktiraf bidang kemahiran penting untuk pembangunan ekonomi negara serta peluang pekerjaan. Bagi pelajar KV sedia ada haruslah mengambil peluang yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Apa Komen Anda :