Sebut pasal perpindahan guru KPM pasti ada yang telah lama menantikan sebarang berita baik memandangkan setiap permohonan perpindahan bukanlah senang untuk di tunaikan. Masalah ini sebenarnya telah lama berlarutan dan ianya semakin rumit memandangkan jumlah guru yang semakin ramai berbanding opsyen dan jawatan yang ada. Pihak KPM juga telah banyak berusaha saban tahun namun ianya masih lagi dilihat sukar diselesaikan.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ada menyentuh hal ini dan kali ini ditujukan terus kepada guru yang telah lama berjauhan dengan Suami/ Isteri masing-masing. Informasi ini berikutan ucapan beliau di Perasmian sempena majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah serta penyerahan elaun kepada pengerusi dan setiauasaha Jawatankuasa JKKK Parlimen Kedah di sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah pada 14 Disember 2015. Informasi ini juga ada di keluarkan oleh akhbar dalam Negara seperti Sinar Harian ( 15 Disember 2015 ) juga melalui status facebook beliau.
Kita cari jalan supaya guru itu boleh balik, tapi nak balik semua sekali gus tak mugkin. Kita buat setakat yang boleh dulu. Yang mana baru bertukar tunggu dulu. Kita kena beri keutamaan kepeda mereka yang telah lama hidup terpisah – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menurut status facebook beliau menunjukkan komitmen KPM untuk berusaha lebih aktif dalam menangani masalah guru yang berjauhan dengan pasangan. Perlaksanaan dilihat lebih proaktif dengan perlaksanaan berfasa kali ini. Seperti yang dijanjikan mungkin ia memberi sinar baru dalam harapan guru yang telah lama berjauhan dengan pasangan.
Masalah perpindahan guru ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan guru berjauhan pasangan, ada juga masalah dari kategori lain seperti telah lama merantau melebihi 5-10 tahun, masalah keluarga, Masalah kesihatan dan banyak lagi yang memerlukan pertimbangan pihak KPM. Diharapkan nasib mereka terutama guru yang telah lama membuat permohonan perpindahan juga dipertimbangkan serta tidak dilupakan nasib mereka kerana begitu lama permintaan telah ditolak dan dikecewakan. Hal ini demi memberi lebih keselesaaan dan lebih motivasi kepada guru berkaitan seterusnya mampu meningkatkan lagi keikhlasan mendidik dan meningkatkan kemenjadian pelajar.