Salam persahabatan, kali ini kita akan membincangkan suatu topik yang sedang hangat ketika ini iaitu tentang berjaya atau gagal?Perbincangan ini dikatakan hangat kerana saat ini mungkin ada remaja yang sedang bermenung jauh…ataupun bersedih dan mungkin juga yang sedang keluar makan bersama keluarga ataupun sedang meraikan bersama kawan2..Apa yang digembirakan sangat dan disedihkan sangat?ya..keputusan SPM dan STPM..setelah tekun belajar sekian lama, tibalah masanya untuk kita tuai hasilnya..bagi yang mencapai idamannya akan bergembira dan bagi yang tersasar pasti ada yang sedang berduka.
Mungkin ketika saat menerima keputusan tersebut ada yang terasa sungguh berdebar dan ada juga yang tenang..tetapi apa yg dirasai oleh mereka yang gagal dan apa pula dirasai oleh mereka yang berjaya?sekiranya anda berjaya, pada saat anda melihat di kertas slip keputusan satu persatu memberikan A dan ia nampak cantik..saat itu anda akan merasakan sebak di dada dan merasakan pandangan dihadapan cukup cerah, anda juga akan merasakan tidak sabar untuk memberitahu rakan anda dan keluarga serta tidak sabar untuk menunggu keputusan Universiti atau matrikulasi..dihati anda terasa gembira untuk menjejakkan kaki ke institusi pendidikan yang lain dari sekolah dengan persekitaran baru dan pembelajaran yang lebih baru.
Bagaimana pula yang gagal? Ketika anda beratur untuk mengambil keputusan dalam hati ada terasa kekurangan dan menyesal pada diri kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. saat melihat keputusan satu persatu diteliti melihat perkatan gagal, gagal, masih lagi membela diri memberanikan melihat dan lagi perkataan gagal…saat itu kebanyakan akan merasakan kesedihan dan rasa gelap dihadapan kerana tak tahu macam mana nak meneruskan pelajaran. Sebelum peperiksaan rasa diri seronok dapat keluar dari sekolah dan tidak mahu belajar. tetapi setelah diberi peluang 3 bulan berehat diri sudah merasai sendiri keperitan bekerja dan menimbulkan minat untuk kembali belajar. Tetapi pada hari Mengambil keputusan tersebut, tersurat yang mengecewakan. sudah tentu diri rasa amat sedih, rasa sedih bila melihat kawan2 yang bergembira dan tidak tahu kemana lagi mahu tujui dan hidup.
Fenomena ini biasa kita lihat dan biasa kita temui, adalah baik supaya pelajar2 sedia maklum sebenarnya menjadi pasangan untuk berjaya adalah gagal. begitu juga pasangan2 lain iaitu baik – jahat, putih – hitam, sakit – sihat dan sebagainya. sesungguhnya didunia ini sentiasa ada yang diciptakan berpasangan dan ada ketika kita gembira dan adanya kita sedih. Seperti mana bumi diciptakan bulat kerana ada kalanya kita berada di atas dan dibawah, ada kalanya waktu itu cerah dan ada juga waktu itu gelap. Adik2 bagi yang telah berjaya, syabas diucapkan, seharusnya adik tahu bahawa kejadian itu merupakan cabaran untuk adik dan ia merupakan kurniaan kepada usaha adik selama ini. Cabaran berjaya itu sebenarnya sebagai peringatan kepada adik supaya bersyukur dan menggunakan kelebihan dan kegembiraan yang dikurniakan itu dengan sebaiknya. Ingatlah kejayaan yang dikurniakan itu bukanlah kejayaan mutlak, seharusnya adik2 yang berjaya menyedari bahawa ia merupakan salah satu permulaan kepada satu perjalanan yang masih jauh. Adalah perlu untuk adik2 menyiapkan diri dan jangan sesekali lupa bahawa adik selepas ini bakal menghadapi cabaran yang tidak tahu sebesar mana dan sedalam mana.
Bagi yang gagal, kegagalan itu bukalah kegagalan yang mutlak, ia bukan menandakan kegagalan yang mampu menghancurkan masa depan adik, seharusnya adik sedar bahawa kegagalan tersebut adalah suatu ujian untuk adik supaya akan lebih berjaya. Ia merupakan cabaran yang lebih mematangkan adik dalam mengurus kehidupan dan mengejar cita-cita. Perlu dingatkan sekali kita gagal buka seumur hidup kita gagal.. Orang yang gagal sebenarnya adalah mereka yang mati dan gagal merancang strategi masa hadapan. Banyak contoh mereka yang tidak hebat akademik tetapi masih berjaya dalam hidup, mempunyai pendapatan yang mewah dan sebagainya. Jika diselidiki mereka ini semua bukan datang dengan kejayan tetapi telah beribu-ribu kali mengalami kegagalan dalam hidupnya. Kunci kejayaannya ialah ia sentiasa mengambil pengajaran dari kegagalan yang ditimpa, tidak mengulangi kesalahan yang sama dan sentiasa tidak cepat putus asa serta berani menyahut cabaran dan dugaan. Jadi siapakan adik2?kategori adik2? Percayalah kepada diri adik…sesungguhnya adik lah apa yang adik fikirkan…