Berjuang Dengan Masa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Berjuang Dengan Masa 1

Sebut pasal masa, ramai yang pernah dan mungkin banyak kali tewas kepadanya, namun demikian masa juga tidak akan jemu berlawan dengan kita, cuma kita sahaja yang sentiasa lupa untuk berlawan dengannya. Mungkin ada yang sedar tentang perkara ini mungkin banyak cara yang cuba dilakukan tetapi mungkin ada sedikit cara untuk kita berlawan dengan masa.

Asertif diri merupakan perkara yang penting untuk kita amalkan. Mungkin kita perlu melatih asertif ataupun tegas dalam setiap keputusan yang kita buat. Seorang yang tegas tidak teragak-agak untuk menyatakan tidak untuk sesuatu yang membazirkan masanya. Mungkin ketika anda sedang melakukan sesuatu kerja ada sahaja dugaan yang datang dengan mengajak anda berbual ataupun lari dari matlamat sebenar. Situasi itulah yang amat memerlukan anda membuat keputusan yang tegas dan cepat supaya tidak banyak waktu dibazirkan.

Datang awal kesesuatu tempat merupakan sesuatu yang positif, tetapi tanpa kita sedari sebenarnya datang terlalu awal juga merupakan aktiviti yang membazirkan masa. Hadir awal terutama awal lebih dari 10min awal merugikan kita kerana masa itu jika digunakan sebaiknya mungkin boleh mendatangkan faedah tersendiri. Begitu juga amalan yang suka balik lewat atau sengaja lewat dari waktu yang ditetapkan. Perbuatan ini memanglah menguntungkan kerja yang kita berhenti lewat itu, tetapi ia sebenarnya mencuri masa perkara yang kita hendak lakukan selepasnya itu. Mungkin lewat sekadar 10 minit itu boleh diterima, tetapi jika sengaja dilewatkan sehingga berjam-jam merupakan kerugian besar.

Satu lagi cara anda boleh berekspresi bila ada kaki borak atau mereka yang gemar bercakap menghampiri anda. Cara ini membuatkan orang yang menghampiri anda itu gusar dan tidak selesa bercakap dengan anda, oleh itu orang yang datang tadi akan terbunuh dengan sendiri moodnya untuk berbual dengan anda sehinggakan ia mampu menjimatkan masa anda. Perlu juga untuk menunjukkan muka yang menyatakan apa yang anda rasa ketika itu iaitu sedang sibuk dan tidak mahu membuang masa.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top