Berminat Dengan Jurusan Kedoktoran? [Khas buat lepasan SPM]

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

TAHNIAH kepada semua lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang.

congratulation-tahniah-congrate
Tahniah SPM

Di sini saya tidak cuba memaparkan panduan yang lengkap bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang kedoktoran. Saya hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak yang saya tahu untuk para pelajar mendapat sedikit idea bagaimana ingin menyertai bidang yang amat popular ini.

Tetapi, pertama sekali saya perlu memberitahu semua yang mempunyai minat terhadap bidang ini bahawa anda perlu ada minat dan juga semangat yang kental. Tidak dinafikan bidang ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh diambil ringan. Kerana itulah minat sahaja tidak mecukupi. Bagi mereka yang dipaksa pula mungkin anda perlu bersifat lebih terbuka dan cuba sedaya upaya. InsyaAllah minat terhadap bidang ini akan hadir juga dalam hati anda jika niat anda ikhlas. Semua orang perlu tahu ini bukanlah bidang yang kita mahu ceburi sekiranya anda ingin menjadi kaya atau terkenal. Lebih baik anda menjadi ahli perniagaan untuk menjadi kaya dan jadilah srtis jika mahu popular. Bidang kedoktoran adalah perkhidmatan, dimana kita berkhidmat untuk segenap manusia. Maka tetapkanlah hati kita untuk membantu sekalian manusia.

Baca Juga :  Permohonan Pegawai Pendidikan DG 41 Guru MARA

Selain dari itu, anda tidak perlu bimbang jika keputusan biologi anda kurang baik. Ramai yang salah faham, bahawa sekiranya anda ingin menjadi doktor anda perlu pandai subjek biologi dan sains. Percayalah menjadi doktor tiada kena mengena langsung dengan semua itu. Kiranya ada pun mungkin hanya 1%. Jujur saya katakana keputusan peperikasaan saya bukanlah terlalu hebat sebaliknya biasa-biasa sahaja. Apa yang anda perlu ialah yakin.

Cara yang mudah ialah selepas SPM anda mohon masuk ke matrikulasi. Di matrikulasi anda tidak perlu bimbang sama ada anda adalah aliran fizik atau biologi kerana semua itu tidak membawa apa-apa makna yang besar setelah anda memasuki bidang ini. Ramai juga rakan saya yang dari aliran fizik menyertai kedoktoran. Maka itu bukanlah perkara utama. Selepas SPM, anda isilah borang UPU dan pohonlah bidang kedoktoran dimana-mana university tempatan yang anda mahu.

Baca Juga :  Mohon Direct Debit PTPTN Percuma

Selain matrikulasi, anda yang masuk melalui STPM juga punya peluang yang sama. Tiada perbezaan, hanya perbezaan ialah matrikulasi 1 tahun manakala STPM pula 2 tahun. Kemudian baru boleh memohon melalui UPU. Setelah memasuki university berkenaan, anda bolehlah memohon bantuan biasiswa daripada JPA atau PTPTN.

Yang tersebut adalah bagi yang ingin menyambung pelajaran di dalam negara yang mana pada pendapat saya adalah lebih baik. Namun, sekiranya anda ingin belajar di luar negara, saya kurang mahir untuk memberi pendapat. Apa yang saya tahu, anda boleh memohon dari organisasi tertentu. Tempat yang selalu menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang ingin membuat kedoktoran di luar negara adalah Mesir, United Kingdom,dan Indonesia. Anda boleh memohon bantuan kewangan daripada organisasi seperti MARA.

Sekian.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here