Bersedekah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Amalan bersedekah di bulan Ramadhan ini sangat tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan.Antara kelebihannya ialah,diampunkan dosa,pahala yang berlipat ganda,dicurahkan rahmat Allah dan dijauhkan dari azab neraka.

Antara fadhilat bersedekah ialah sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Allah dan sedekah secara terang-terangan itu pengadang neraka.

Kata ulamak jugak sedekah itu merupakan antara 10 kepujian- 5 di dunia dan 5 di akhirat.

Di dunia:
– mencucikan hartanya.
– mencucikan badannya.
– menolak bala dan penyakit.
– berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
– membuat orang miskin dan mukmin gembira adalah semulia-mulia amal.

Di akhirat:
– dinaungkan Allah orang bersedekah di hari kiamat ketika sangat panas
– ringan hisabnya.
– berat timbangannya (amalan) di akhirat.
– mudah melalui titian sirotomustaqim.
– bertambah darjatnya di dalam syurga.

Selain itu sedekah juga menutup 70 pintu kejahatan.Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ni marilah kita sama-sama menambahkan amalan sedekah kita bagi meningkatkan lagi amalan kita di akhirat sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *