Berseronok perlu beringat

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap manusia pasti arif tentang apa itu berseronok, hal ini kerana lumrah semulajadi manusia gemar berseronok dan melihat sesuatu yang cantik dan indah. Semua perkara yang berkaitan dengan keindahan dan keseronokan mampu menghiburkan hati dan menimbulkan mood yang baik dalam diri.

Keseronokan ini mempunyai dua perkara yang boleh dipisahkan iaitu keseronokan secara positif ataupun negatif. Keseronokan secara positif melibatkan aktiviti yang berdasarkan keseronokan tetapi melibatkan aktiviti yang membina sahsiah, membina ilmu, kesihatan fizikal, rohani, jasmani, emosi dan intelektual serta merapatkan hubungan silaturahim. Manakala aktiviti yang negatif pula ialah segala aktiviti yang membinasakan mencakupi pembaziran masa, tiada faedah, mencederakan diri dan sebagainya.

Sesuai dengan menyambut hari raya ini, adalah baik kita saling ingat mengingati untuk berpada pada keseronokan demi menguntungkan diri sendiri. Keseronokan ini merupakan punca tercetusnya pemikiran di bawah sedar yang mampu menjadikan diri kita bertindak diluar kawalan rasional diri kita. Perlu kita gunakan hari raya ini sebagai renungan terhadap kesyukuran dalam diri terhadap segala apa pemberian maha esa  pada kita terutama rezeki dan kesihatan. Perlu juga kita bersyukur kita berada pada tempat yang cukup selesa untuk kita menuai kegembiraan berbanding insan yang tidak bernasib baik seperti berperang, bencana dan sebagainya.

Pada kebiasaanya kita akan menghadapi kemurungan apabila kita terlanjur dalam berseronok kerana sudah pasti kita tidak sedar apa yang telah kita lakukan. Remaja terutama sekali harus menjaga kesopanan dan sahsiah demi memelihara kehormatan diri bagi menjadikan diri dihormati kelak. Haruslah kita beringat bahawa sekali kesilapan kita buat, ia mampu mengubah dan menjadikan diri kita rasa cukup tidak selesa bermula dari tarikh kita sedari yang kita sudah terlambat. Fikir-fikirkanlah…

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )