Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Biasiswa ISMP

Biasiswa ISMP merupakan salah satu bentuk bantuan kerajaan bagi mereka yang cemerlang dalam bidang akademik TIDAK kira kaya atau miskin. Justeru itu, ianya di panggil biasiswa BUKAN derma. Pasti ramai bakal pendidik yang menantikan biasiswa ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) tahun 2021. Biasiswa ini akan diperolehi bagi mereka yang layak sahaja.

“Biasiswa adalah salah satu bantuan kerajaan bagi mereka yang CEMERLANG dalam bidang akademik sahaja”

*** Biasiswa BUKAN derma tetapi ibarat hadiah buat mereka yang cemerlang ***

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021

Buat pengetahuan semua pelajar aliran pendidikan tawaran biasiswa ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) akan dibuka mulai:-

  • 1Mac 2021 (Isnin) pada pukul 5.00 petang sehingga 31 Mac 2021 (Rabu) jam 5.00 petang.

Tawaran biasiswa ini bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah di tetapkan oleh pihak Universiti Awam (UA).

Syarat permohonan ISMP ini adalah seperti berikut:-

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia
  • Umur calon TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Calon yang sedang dalam pengajian tahun pertama di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon.
  • Pemohon yang berkelayakkan sahaja bakal di panggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temuduga
  • Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) TIDAK layak memohon

Syarat permohoan di atas merupakan salah satu syarat WAJIB yang perlu calon lepasi agar anda layak mendapatkan Biasiswa tajaan daripada pihak KPM. Sekiranya salah satu daripada syarat diatas anda TIDAK lepasi ditakuti anda TIDAK LAYAK mendapatkan biasiswa ini.

“Peluang permohonan terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan serta KHUSUS buat pelajar UNIVERSITI AWAM sahaja”

Cara Permohonan Biasiswa Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
Cara memohon biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah seperti berikut:-

1) Permohonan menerusi atas talian

Permohonan biasiswa ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja dengan mengisi borang permohonan yang disedikaan di atas talian. Pemohon boleh KLIK link dibawah bagi terus masuk ke laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Aplikasi : Epenawaran Biasiswa ISMP 

2) Gunakan No Kad Pengenalan bagi memohon Biasiswa 

 

“Calon WAJIB mendaftar menggunakan no kad pengenalan beserta kata laluan di halaman pendaftaran pengguna”

Setelah selesai mendaftar secara atas talian PASTIKAN pemohon menuliskan maklumat diir dengan BETUL. Permohon DINASIHATI untuk melakukan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan atas talian pada waktu yang lain sekiranya percubaan pertama anda gagal. Ianya disebabkan terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan caspaian pada laman web tersebut.

“Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan SAH jadi pemohon TIDAK perlu menghantar hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan pembiayaan”

PERINGATAN!!!

Pemohon hanya DIBENARKAN untuk mengemaskini permohonan sebanyak 3 kali SAHAJA dan menghantar 1 permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Kriteria Pemilihan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2021

Menurut pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat beberapa kriteria penting dalam pemilihan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini. Antara kriteria penting adalah:-

  • Syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
  • Penilaian oleh panel temu duga

Sekiranya ketiga-tiga kriteria ini telah mencapai tahap lepas, besar kemungkinan anda layak untuk mendapatkan biasiswa yang ditawarkan oleh pihak KPM.

Antara bidang-bidang pendidikan yang layak memohon Biasiswa ini adalah seperti dibawah ini:-

Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2021 1

Permohonan bakal dibuka pada 1 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021. sekiranya pada masa ini anda menekan link yang diberi dan keluar seperti dibawah ini, bermaksud tarikh permohonan belum dikemaskini lagi.

Biasiswa ISMP


***Selamat memohon Biasiswa Ijazah Sarjanna Muda Pendidikan bagi sesi ambilan 2021***

Sebarang pertanyaan umum berkenaan dengan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini boleh terus ke:-

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementeria Pendidikan Malaysia
Aras 2, No 2 Menara 2,
Jalan P5/6 Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 Putrajaya
No Telefon : 03-8321 7138/ 7157/ 7159/ 7113/ 7154
Email : [email protected] 

Rujukan:-
1) https://www.moe.gov.my/biasiswa-dan-pembiayaan/soalan-lazim/program-tajaan-biasiswa-di-bawah-kpm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *