Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka permohonan secara online bermula 10 Mac hingga 11 April 2016. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah terbuka kepada pelajar yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang  Warganegara Malaysia. Para pelajar dari Negeri Sabah dipelawa untuk memohon biasiswa ini untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan seperti berikut :

A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
  Kejuruteraan Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  Seni Bina (Architecture) Pertanian
  Perakaunan Sains Tulin
  Juru Ukur Teknologi Maklumat
     
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
  Perubatan Pengajian Islam
  Pergigian Matematik
  Perubatan Veterinar Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
  Farmasi TESL
  Kejuruteraan Psikologi
  Ukur Bahan Sains Komputer
  Seni Bina (Architecture) Ekonomi
  Sains dan Teknologi Makanan Perakaunan
  Sains Bioteknologi Pentadbiran Perniagaan
  Akuakultur Pelancongan dan Hospitaliti
  Sains Biologi Marin Undang-Undang
  Sains Alam Sekitar Pengurusan Ladang
  Perikanan Pertanian
  Perhutanan Muzik
  Komunikasi Pendidikan
  Pengangkutan dan Logistik Teknologi Maklumat
     
B) KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
  Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
     
2. Kelayakan Akademik
  Kursus Diploma
  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaranBahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
   
  Kursus Sarjana Muda
  Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.5.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
  Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
   
  Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)dalam negeri sahaja.
  Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
   
(C) CARA MEMOHON
  Permohonan dibuat melalui on-line dengan melayari Web : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai   10  Mac 2016. Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.
   
(D) PERHATIAN
  Bagi pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan mengemaskini semula permohonan apabila keputusan peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.
  Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
  Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
  Tarikh tutup permohonan ialah  11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
   
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *