Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)
Pada musim pandemik COVID -19 ini, pasti ramai pelajar diluar sana yang mengharapkan tajaan biasiswa bagi melestarikan lagi pembelajaran mereka pada masa akan datang. 

Salah satu biasiswa yang menjadi dambaan semua pelajar adalah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA). Hal ini disebabkan biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) ini merupakan salah satu tajaan biasiswa daripada kerajaan Malaysia yang paling berprestij dan agak sukar untuk diperolehi.

TAHUKAH ANDA!!!

Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) adalah biasiswa dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Justeru itu, setiap permohonan boleh dilakukan di Laman Web Rasmi JPA 

“Sekiranya seseorang itu berjaya mendapatkan biasiswa BYDPA ini, kejayaan nya tidak terkata dan keserian muka akan bersinar kerana berjaya mendapatkan biasiswa ini”

Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Tajaan BYDPA ini bermula daripada peringkat Sarjana dan peringkat Ijazah kedoktoran. Bagi mereka yang mahu ketahui apa yang dimaksudkan dengan Sarjana atau Ijazah kedoktoran anda boleh KLIK DISINI  untuk ketahui maklumat lebih lanjut berkenaan dengan peringkat tertinggi pengajian dalam universiti.

Tarikh permohonan bagi Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) BELUM lagi DIUMUMKAN bagi sesi 2021/2022 tetapi sebelum tarikh diumumkan calon perlu ketahui syarat atau kriteria yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini.

Kriteria Utama Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Setiap permohonan pasti ada kriteria utama yang diperlukan. Justeru itu, kriteria utama permohonan biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) adalah :-

1) Syarat Umum Permohonan

​Warganegara Malaysia
​Berumur TIDAK LEBIH daripada 35 tahun pada tahun permohonan / pada tahun memulakan pengajian di Universiti

2) Syarat Khusus Permohonan

  • ​Mempunyai atau memperoleh CGPA 3.75 atau kelas pertama dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat Sarjana)
Info Tambahan :  Syarat Pengeluaran i-sinar KWSP Akaun 1

DAN

  • ​CGPA 3.75 atau kelas pertama/ cemerlang dalam peringkat Ijazah Sarjana (bagi peringkat ph.D)
    ​Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum/ aktiviti kemasyarakatan/ hasil kerja kreatif dan inovatif
“Mereka yang aktif serta inovatif akan mendapatkan kelebihan dalam proses pemilihan”
  • ​Berkemahiran lebih daripada satu bahasa antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada pemohon
  • ​WAJIB memperolehi tempat pengajian di Universiti Penyelidikan Tempatan/ Universiti Terkemuka Dunia yang dipersetujui oleh pihak JPA.

Bidang yang di iktiraf dalam pemohonan BYDPA ini adalah:-
√ Sains dan Teknologi
√ Ekonomi
√ Undang-undang
√ Kewangan Islam

“Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan SAHAJA yang MEWAJIBKAN penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis”

Senarai Universiti

Senarai Universiti Tempatan bagi bidang Ekonomi/ Undang-undang/ Sains dan Teknologi. Senarai universitinya adalah:-

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • ​Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • ​Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • ​Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Senarai Univeristi bagi bidang kewangan Islam. Senarai Universitinya adalah:-

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • ​International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
  • ​Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • ​Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • ​Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • ​Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Info Tambahan :  Mengapa Ujian Keperibadian atau Personality Test sebahagian daripada proses pengambilan kerja?

INFO TAMBAHAN!!!

Penerima BYDPA dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun setelah tamat pengajian. Syarat ini tertakluk kepada terma dan syarat semasa pihak JPA. Sekiranya calon yang terpilih adalah terdiri daripada BEKAS PELAJAR TAJAAN JPA di PERINGKAT Ijazah Sarjana Muda, mereka masih lagi terikat dengan perjanjian bersama pihak JPA untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian yang telah ditetapkan oleh pihak JPA.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran, Anda boleh melayari portal rasmi JPA  atau hubungi talian 03 – 8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada [email protected]

Sekiranya anda mempunyai kriteria yang diminta, anda layak menjadi salah satu calon untuk memohon Biasiswa ini. Walaupun ianya kelihatan sukar untuk di pohon tetapi tidak salah untuk mencuba memohon kerana tiada siapa tahu siapa yang bakal menjadi pemegang biasiswa ini.

“Rezeki semua berada ditangan Allah, jadi mohonlah sekiranya anda layak melakukan permohonan”

Rujukan:-
1) http://esilav2.jpa.gov.my
2) Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments