Bidang Kejuruteraan Perisian ( Programming )

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa Itu Kejuruteraan Perisian

Bidang Kejuruteraan Perisian ( Programming ) 1
Melibatkan Komputer

Mungkin ada antara kita yang ditawarkan kursus kejuruteraan perisian. Bagi yang masih baru, mungkin ia dianggap agak sukar dan tidak tahu kemana halatujunya. Kejuruteraan perisian ini ialah tentang kerja-kerja yang membuatkan sistem utama komputer berjalan dengan lancar dan baik. Ia juga menjalankan pengaturcaraan berkaitan digital dan arahan komputer setiap fungsi yang direka bertindak mengikut apa yang dikehendaki. Ia adalah kaitan dengan pembelajaran mereka, membina dan membuat sistem operasi.

Apa yang dipelajari nanti

Apabila belajar nanti, anda akan belajar untuk berhadapan dengan masalah-masalah bila membina sistem software. Kursus ini memberikan pendedahan untuk kemahiran-kemahiran memprogram sistem seperti menggunakan bahasa java.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Dari apa yang dipelajari, anda akan lebih berkemahiran untuk membina bahasa-bahasa arahan untuk membangunkan sistem perisian seperti sistem pengiraan, sistem litar, sistem arahan robotik, sistem permainan komputer dan banyak lagi.

Matapelajaran yang akan dipelajari

Kebiasaannya bagi jurusan ini anda akan pelajari subjek seperti analisis dan interpretasi permintaan pengguna, grafik komputer serta visual, merekabentuk software, sistem database, membuat aplikasi internet, teknologi multimedia, Operating system, disiplin/etika programming, Software development tool.

Peluang pekerjaan

Apabila anda keluar dari bidang ini, bolehlah mencuba samaada di sektor kerajaan atau swasta untuk memohon sebagai software developers, system analysis, programmers, software designers, web developers, network and communications specialists atau software engineers.

Tahukah anda

Untuk pengetahuan anda, sebagai pengambil upah untuk membuat website atau menjual software yang dibuat sendiri mampu mendapat pendapatan sehingga lebih dari  4 angka. Kini mungkin terdapat sistem website yang percuma untuk di gunapakai, tetapi untuk mendapat hasil website yang terbaik dan tinggi nilainya haruslah pandai untuk membina dan mengubahsuai code-code nya tersendiri. Bagi yang mahir dalam bidang ini mungkin tiada masalah untuk menghasilkan rangka website berkualiti serta mampu menjual kepada pasaran terbuka. Begitu juga membuat perisian kepada agensi-agensi dengan bertujuan mempermudah urusan serta sistem peyampaian. Perisian-perisian yang dicipta juga boleh dijual dengan harga yang agak tinggi sesuai dengan kemampuan perisian tersebut.

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

 

26 thoughts on “Bidang Kejuruteraan Perisian ( Programming )

  1. salam saya nak tanya apa beza kejuruteraan perisian (pembangunan sistem maklumat) dengan kejuruteraan perisian (pembangunan sistem multimedia) ?

  2. salam. saya nk tanya apakah perbezaan antara kejuruteraan komputer dan kejututeraan perisian. adakah pemegang diploma kejuruteraan komputer boleh mengambil kursus kejuruteraan perisian sewaktu ijazah. jika ya adakah saya perlu mempelajarinya dari awal balik ataupun waktu untuk buat degree lebih singkat

  3. assalamualaikum…saya harap sangat pertanyaan saya terjawab saya bakal student teknologi maklumat (programming) ..nak tanye kalu time degree saya nak ambik software engineering…..blh k??#saya wak research tapi xjmpa

  4. Bismillahirrahmanirrahim…

    Saya mrupakan seorang student MRSM di tingkatan 5. Blehkah saya mendapatkan contact number (mostly untuk kegunaan WhatsApp) mna2 mereka yg telah berjaya atw sdg struggle dlm bidang ini?

    Saya ingin mendapatkan guide dan info awal berkaitan bidang ini drpd yg lbih berpengalaman. Saya berminat ingin menjadi software engineer tetapi adlah lbih tertarik untuk mnjdi freelance software developer.

    TQ in advance.

  5. Hello, saya ingin tanya sedikit tentang Kejuruteraan Perisian (Programming). Jika seseorang itu mengambil program Kejuruteraan Mekatronik (Diploma Engineering Mechatronics). Jadi setelah tamat diploma, mereka boleh memohonkah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Perisian (Programming) Di peringkat Universiti ?

  6. salam… sy lepasan stpm2014,, dan sy dapt kos kjuruteraan perisian di upsi.. mslh skrg,, subjek yg sy ambil ktika f.6 ialah b,mlyu,, prniagaan,, pngjian am,, dan ekonomi.. sy lgsog takde basic ict… adakah sy boleh bawa kos ni di upsi nanti ??

  7. seperti yang di ketahui,,,engineer banyak di concer oleh lelaki,,kalau perempuan nak menceburkan diri dalam bidang ni okay x???yes,,even kerja ni agak hectic,,adakah perempuan di pandang rendah jika di nilai dgn lelaki??

    1. Ish ..tak lah.. bidang kejuruteraan ni luas.. ada kejuruteraan yang memerlukan lelaki untuk buat kerja2 mencabar..tapi ada juga bidang kejuruteraan yang mengadap komputer..mengadap mesin, melukis2.. kerja2 dalam pejabat sahaja sesuai untuk wanita.. Pandang rendah? tak lah juga bergantung pada persekitaran kerja.. tapi sekarang lelaki dan perempuan semakin setaraf dalam pekerjaan.

      1. saya sekarang pelajar asasi sains fizikal untuk kejuruteraan,,,,dan berniat nak melanjutkan pelajaran dalam software engineering,,,nak tanya adakah kelayakan untuk ambil degree software engineer lebih mudah or lebih strict dari engineering yang lain??terima kasih menjawab pertanyaan sy 🙂

        1. Mudah atau susah bergantung pada cara usaha dan kebolehan seseorang, sy tak berapa ada info lengkap tentang bidang tu, harap ada pelawat bekas student atau ada yang nak tolong bagi infomasi.

  8. Salam,

    Sebagai software engineer selama lebih daripada 15 tahun, saya amat menggalakkan agar lebih ramai pelajar Melayu menceburi bidang ini kerana ternyata ia mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji lumayan.

    Namun, anda haruslah benar-benar minat kerana industri Kejuruteraan Perisian memerlukan komitmen yang agak tinggi seperti waktu kerja sehingga lewat malam serta perlu bekerja kerja tanpa henti.

    Walaupun begitu, anda boleh membuat wang sampingan yang agak lumayan dengan menjadi freelance software developer yang mampu menjana sehingga 6 angka sebulan (jika telah mahir dan mempunyai track record yang baik).

    Sebagai contoh, saya sendiri telah berjaya menjual iPhone App di Apple App Store secara suka-suka. [Hint: Search “Panduan Puasa” di App Store yea…] Pendapatan secara pasif dapat di jana melalui kuasa pengaturcaraan.

    Anda juga boleh menjadi Jutawan Technopreneur!

    Selamat mencuba!

    1. salam, sy ingin apply kos software engineer ni utk upu kerana sy pelajar lepasan matrik. boleh sy tahu, ape beza kos kejuruteraan perisian dengan kos kejuruteraan teknologi maklumat? kerana, sy dah buat research pasal kos nie. hanya ump dan utem saje yg ade kos kejuruteraan perisian. ade lagi tak u laen yg menawarkan kos ini dan apa name kos yg ditawarkan itu yg related dgn software engineering? mohon bantu sy, sy sedang menghadapi kesukaran dalam mengisi upu. 🙁 terima kasih.

      1. wasalam saudari. selain u yg saudari tulis tu u yg menawarkan kos software engineer ialah UTHM, UKM pon bukan hanya di UMP dan Utem sahaja.

      2. di UPM juga ada course degree software engineering(Pengkhususan Kejuruteraan Perisian)

        selain drpd itu ada 3 lg course dlm fakulti sains komputer spt Pengkhususan Sistem Komputer, Pengkhususan Multimedia dan Pengkhususan Rangkaian Komputer

    2. saya nak tnyee ape beza perisian komputer dgn bidang komputer yg lain?? dan dari segi bidang kerjaya nie ok tak pada masa akan dtg? meluas tk? sy berminat dgn programming nie tp tkot pd masa hadapan takde kerjaya tentang ini.. moohon pencerahan.. thanks:)

      1. Membuat perisian satu kemahiran yang luar biasa, kepandaian bidang tu boleh cerah dalam buat duit. Dunia sekarang orang masih ramai tidak pandai membuat perisian, jika belajar hebat dan berjaya boleh membuat perisian memang berbaloi, tinggi nilainya. masalah sekarang ramai pelajar yang lepas belajar masih tak tahu nak buat apa, masih tidak menguasai sepenuhnya. Itu yang jadi masalah bila mohon kerja dan ingin maju dengan kemahiran yang dipelajari.

    3. Assalamualaikum , boleh saya tanya … dalam degree apa subjek yang dipelajari atau silibus dalam bidang kejuruteraan perisian ye …? dan apa prospek kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang ini ..? dan juga seronok tak belaja software engineering .?

      1. Waalaikumusalam.. Sya bru dpat tawaran utk smbg degree di UMT dlm kos sc-software engineer..klau brkelapangan blh la cek silibus di UMT. Kode utk degree tu QC10.. Sya xpsti la kalau U lain tu sme or x silibus dy..tp klu nk thu..blh la rjuk kat stu..

  9. terimakasih, sedikit sebanyak dapat la membantu aku yang terpinga-pinga mencari info. nasib baik kau ada buat review. kalau tidak mana la aku nak rembat info lagi. t.q.

  10. owh…eh, bgus ar website ni…specially page ni..bru ar sng dak2 jr @ public cam aku ni nk taw halatuju satu2 course.. tengkiu author!!!

Leave a Reply to Jurutera Perisian Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *