Bidang Pengajian Mudah Dapat Kerja

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Apa yang menjadi kerisauan para graduan pengajian apakah yang mudah dapat kerja. Kegagalan mendapat tempat di alam kerjaya menjadikan para graduan merasakan titik peluh yang dicurahkan sepanjang pengajian menjadi sia-sia seterusnya membawa kepada kesukaran bagi mereka untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat saban hari.

Mudah dapat kerja
Mudah dapat kerja

Kadar pengangguran di Malaysia berada pada tahap yang agak tinggi  iaitu 10.8% sehingga tahun 2018. Sumber Berita Harian.  Pemilihan bidang yang betul dan mempunyai pemintaan yang tinggi dalam industri memainkan peranan yang penting dalam menjamin kerjaya masa hadapan para graduan. Jumlah graduan yang makin meningkat kini, menjadikan peluang mendapatkan tempat dalam pekerjaan menjadi semakin sukar dek persaingan antara para graduan. Antara bidang yang dikatakan mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi dalam industri ialah :-

Pengajian Mudah Dapat Kerja

Pemasaran

Sesetengah pihak beranggapan pemasaran hanya terhad kepada penjualan barang atau mempromosikan barang kepada orang awam. Walhal, pemikiran seperti ini adalah salah sama sekali. Konsep pemasaran yang begitu meluas menjadikan ianya salah satu bidang yang mempunyai ‘high demand‘ didalam pelbagai industri seperti industri pelancongan, perkhidmatan kewangan, industri pemakanan dan lain-lain. Kebanyakan syarikat memerlukan kepakaran dalam pemasaran demi mempertingkatkan hasil dan keuntungan syarikat. Oleh itu, pemasaran memainkan peranan yang penting dalam pelbagai industri seterusnya menjadikan ianya sebuah bidang yang dikehendaki ramai.

Perakaunan

Sama konsepnya seperti pemasaran, perakaunan juga merupakan tulang belakang dalam sesuatu syarikat dan ianya diperlukan di dalam semua industri. Khususnya syarikat-syarikat tidak kira kecil atau besar, semuanya memerlukan bidang perakaunan untuk memastikan aliran keluar masuk duit di syarikat berjalan lancar. Tanpa perakaunan, sesebuah syarikat tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, profesion perakaunan merupakan salah satu kerjaya yang profesional yang mendapat bayaran gaji yang agak lumayan. Oleh itu, perakaunan merupakan salah satu pilihan bidang yang baik untuk dipilih.

Pelancongan dan Hospitaliti

Memandangkan Malaysia sedang mengembangkan sayapnya dalam industri pelancongan demi mempromosikan negara kita ini sebagai salah satu destinasi pelancongan dan ianya dapat dilihat dari usaha-usaha mengembangkan pembanggunan dalam perhotelan serta pelaksanaan program-program yang bertemakan pelancongan. Justeru itu, tidak hairanlah permintaan bagi kedua-dua bidang ini semakin meningkat dan diperlukan demi memenuhi permintaan pasaran semasa. Walaupun dua bidang ini tidak begitu popular di kalangan graduan namun, bidang ini tidak kurang hebatnya kerana ianya merupakan industri yang sedang meningkat dan akan terus meningkat demi pembanggunan negara pada masa hadapan.

Pengajian Perniagaan

Bidang ini begitu biasa didengari dan telah ditawarkan di kebanyakan IPT di Malaysia. Ianya kerana bidang ini yang amat meluas menjadikan para graduannya berpotensi untuk menempuh kerjaya yang bagus dalam bidang ini. Selain itu, graduan yang berkelayakan dalam bidang ini juga bukan sahaja berpotensi tinggi dalam menempuh kerjaya di syarikat-syarikat malahan ianya dapat memberi persediaan kepada para graduan untuk memulakan perniagaan sendiri dimana para graduan boleh mengembangkan potensi diri ke arah yang lebih maju dan berdaya saing. Ianya dapat dilihat melalui tokoh-tokoh perniagaan yang popular seperti Neelofa, Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhari, Datu Wira Haji Ameer Ali dan ramai lagi.

Pergigian

Pergigian juga salah satu bidang yang biasa didengari namun tidak ramai yang begitu meminati bidang ini. Salah satunya adalah kerana kos pengajiannya yang agak tinggi berbanding bidang-bidang lain serta tahap pencapainnya adalah agak sukar. Namun, bagi sesiapa yang berkebolehan dalam bidang ini, ianya akan memberikan pulangan yang lumayan dimana graduannya boleh menyambung pelajaran ke luar negara seterusnya dapat meneruskan kerjaya dalam bidang profesional ini. 

Terdapat banyak lagi bidang yang boleh diceburi oleh para graduan. Namun apa yang paling penting ialah setiap individu mestilah percaya dengan potensi diri dan bersedia menyahut cabaran yang diberi. Setiap usaha yang dicurahkan pasti akan membuahkan hasil yang setimpal dan semoga apa yang kita inginkan akan tercapai di masa hadapan.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of