Tahukan anda, mungkin ada antara kita yang mendapat tawaran pengajian sains farmasi ni. Apakah sains farmasi ini? konsep apa yang dipelajari? prospek kerjayanya?
Pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk anda pilih. Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta. Contoh di peringkat ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Farmasi ( kepujian ). Kebiasaannya kursus ini tempoh belajarnya adalah 4 tahun.
Apakah yang dipelajari ?
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
- Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
- Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
- Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
- Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
- Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
- Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Kerjaya?
- Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
- Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
- Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan
- Terlibat dalam industri Farmaseutikal  ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
Kebiasaanya juga pelajar akan berkhidmat dalam bidang seperti perkhidmatan farmasi pesakit luar, bekalan wad, kaunseling ubat-ubatan, maklumat drug, farmasi onkologi dan pelbagai lagi.
22 thoughts on “Bidang Pengajian Sains Farmasi”
Assalamualaikum.jika saya masuk asasi sains hayat,adakah sy blh sambung degree dalm bidang farmasi
Waalaikumussalam, boleh, kimia n biologi diperlukan untuk farmasi
assalam …. sya nk tanya … kos ini tough sgt ker? sya pljr lepasan spm 2015..subject science stream sya kesemuanya B … boleh ker sya go on dgn bidang nie?
Assalamualaikum,,
saya bakal mengambil SPM edisi 2016..
oleh itu,semasa cuti persekolahan akhir tahun 2015,saya diberi tugasan untuk membuat folio kerjaya.namun saya mempunyai sedikiit kekeliruan dengan bidang yang saya berminat..saya bercita-cita sebagai seorang ahli farmasi yg berkhidmat dengan ATM.saya ingin melanjutkan pelajaran ke UPNM.namun,bidang farmasi tiada di UPNM.tetapi UPNM menawarkan fakulti perubatan dan kesihatan pertahanan.oleh itu,adakah perlu dan boleh saya belajar di UPNM berdasarkan cita-cita saya?
mohon penjelasan..
sekian.
Assalam..saya dah tamat dip.farmasi..tetapi sye x layak untuk smbung deg,farmasi kerana spm kimia sya x dpt B..ada ke cara lain untuk bolehkan sya smbung deg.farmasi selain repeat paper spm?
As salam..saya budak tahun satu degree di ipta..saya brminat kos farmasi..bley x saya apply degree farmasi dan mcm mne?
Salam, sy budak lpasan matrik, nk tnya, sy dpt pointer 3.91 tp muet band 2, bleh x nk mhon farmasi?
Salam.. boleh..cuba lihat syarat khas universiti yg nak mohon tu.
salam..
saya dpt dip farmasi , tapi mak kwn sya kata buat dip farmasi x bgos
so, boleh beri sdkit pnjelasan dan pndapat antara dip farmasi or matrik yg mna lbh bagos..
SALAM , saya lepasan spm 2013 , saya minat bidang farmasi , tapi subjek sains tulen tahap sederhana , boleh ke saya menceburi bidang ini ?
salam,saya ingin ceburi bidang ni.
saya lepasan spm. saya xnak ambil risiko ke matrikulasi.
jadi,boleh ke sya trus mohon ke ipta?
Boleh..pastikan ada ambil kimia dlm SPM.. Lps SPM ambil Diploma..lepas tu kne sambung ijazah plak..
assalam..nk tnye..btol ke farmasi ni kos yg biasa2 sahaja?
coze my cousin kate…4 what blajar pndai2 lau stakat nk amik farmasi course..katenye sy xfhm tntang bidang neyh..walhal stahu sy bidang ney bikan skadar bagi2 ubat jer..am I rite?or she is the wrong one?katenye…lau stakat nk amik farmasi tu better amik nurse n spa la..agk kelakar statement die..but i still wanna make sure that she is wrong..please answer..:)
Salam,sy ade diploma farmasi..bgaimana caranye untuk smbung ijazah farmasi..?
Salam, boleh mohon melalui UPU bulan januari nanti permohonan akan dibuka..harap berjaya..
emmm….quite interesting and challenging…but for those who is interested in this course,do whatever it takes to succeed!insyaallah…amin…
salam…saya dengar kos ni sgt tough….blh beri pendapat?
Assalamualaikum..
saya ingin mnceburi bidang farmasi..
tp saya agk keliru,
di antara sains tulen, sains kesihatan/bersekutu, dan sains gunaan,
yg mana yg patut dipilih?
tma kasih..
As salam…boleh dengan mohon matrikulasi hayat atau asasi sains di IPTA
salam, brapa pointer utk program matrikulasi nak wat ijazah dlm farmaseutikal?
Salam, Kebiasaanya yang pengalaman lepas2 ada yg 2.8 pun ada yg dah lepas..tapi rata2 pointer 3.0 la lebih selamat..