Bidang Teknologi Maklumat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Bidang Teknologi Maklumat 1
Teknologi maklumat melibatkan sistem-sistem maklumat komputer

Tahukah anda bidang teknologi maklumat merupakan bidang yang semakin penting berdasarkan penggunaan maklumat yang meluas dalam media dan komunikasi kini. Maklumat dahulu memerlukan masa yang lama untuk tersebar, namun kini segala maklumat dapat terus disebarkan hanya dengan beberapa saat. Dengan adanya teknologi canggih yang semakin pesat tumbuh, maka kepakaran dalam bidang pengurusan dan penyeliaan maklumat perlu terus dipelajari dan ditingkatkan. Teknologi maklumat ini melibatkan proses penggunaan komputer, perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Sekiranya belajar dalam bidang ini, pelajar boleh menyambung ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknologi maklumat ini. Tidak kira untuk iktisas diploma, ijazah sarjana muda, sarjana ataupun PHD.

Kebiasaanya di Universiti pelajar akan didedahkan subjek matematik, komunikasi data dan rangkaian, penggunan teknologi maklumat, pengurusan pengkalan data, pengaturcaraan, perdagangan elektronik, organisasi sistem komputer, keselamatan komputer dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian universiti.

Kerjaya yang menanti seperti Juruanalisa sistem, pengaturcara komputer, Pegawai Sitem Maklumat, Pentadbir web, Pegawai sektor kerajan, Pensyarah bidang IT, juru teknik komputer, mahupun pengaturcara pentadbir pengkalan data.

6 thoughts on “Bidang Teknologi Maklumat

  1. Kite belajar diploma teknologi maklumat ni susah ke senang … Kena Banyk baca buku atau buat dlm komputer .. Dan satu lagi bahasa pengantaraan dlm bhs melayu atau bhs inggeris atau kedua-duanye ..

  2. betul ke,,,bidang ni dah ramai sekarang,,,jadi peluang pekerjaan itu semakin tipis,,,saya baru lepasan SPM,,dan mendapat tawaran di bidang ni,,kalau boleh saya nak terus mendapatkan kerja selepas habis belajar,,,apa kekurangan dan kelebihan dari bidang ni,,,dan saya harap saudara dapat menerangkan dengan lebih meluas tentang skop pekerjaan dari bidang ini,,

    1. bidang ini memang popular..tapi banyak juga peluang yang disediakan.. yang menariknya bidang ini belajar kemahiran yang mana boleh membantu membina perniagaan..

      1. adakah teknologi maklumat ini ada kaitan dengan cyberpreneurship, web authoring, marketing IT, english for technical purposes, islamic civilization, islamic studies and multimedia authoring?? tolong jelaskan kepada saya tentang semua ni?? saya keliru la….tolong saya ye…

Leave a Reply to QStaff1 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *