Biodata Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Malaysia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Hari ini perdana menteri ada memaklumkan Menteri Pendidikan baru dilantik. Nama yang disebut ialah Dr Maszlee Malik. Mungkin ada yang ingin mengetahui lebih lanjut biodata Dr Maszlee Malik.

Melalui sebuah video Facebook berjudul “The Education Minister issue, this is Mahathir’s response“, perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN). Jika diteliti manifesto HARAPAN PRU 14 sebelum ini perdana menteri dijanjikan tidak boleh memegang kementerian lain.

Biodata Dr Maszlee Malik
Biodata Dr Maszlee Malik

Biodata Dr Maszlee Malik

Dr Maszlee ialah bekas ahli akademik dan pendakwah, Dr Mazlee menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Mac lalu dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada pilihan raya 9 Mei lalu dengan mengalahkan calon BN, Liang Teck Meng dengan majoriti hampir 4,000 undi.

Maszlee, 44, adalah bekas profesor madya di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Anak kelahiran Johor , berpengalaman berkhidmat di beberapa badan pemikir dan sering dijemput sebagai panelis atau moderator bagi forum yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam dan politik Timur Tengah.

Kelahiran Johor

YB Dr. Maszlee Malik dilahirkan di Johor Bahru. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada tahun 1989, beliau telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor.

Lulusan Luar Negara

Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Dengan izin Allah,YB Dr. Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

Bekas Profesor Madya Di UIAM

YB Dr. Maszlee Malik pernah bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah berkhidmat di sana sejak tahun 2000. YB Dr. Maszlee Malik juga merupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.

Aktif Sebagai Ahli Pemikir

Di media pula,YB Dr. Maszlee Malik lebih dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. YB Dr. Maszlee Malik kini merupakan Ahli Parlimen P151 Simpang Renggam yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Manifesto Pakatan HARAPAN PRU 14 Pendidikan

Menurut sumber, beberapa perkara penting dalam perubahan pendidikan yang dijanjikan dalam manifesto pakatan harapan sebelum ini. Kebiasannya pemimpin akan terlebih dahulu mengutamakan manifesto kerana ingin mengotakan janji sebelum pilihan raya. Ada baiknya kita teliti manifesto HARAPAN berkaitan pendidikan :

  • Memastikan Keselamatan Bas Sekolah
  • Mengutamakan murid-murid dari golongan berpendapatan rendah untuk daftar MRSM dan SBP
  • Menyediakan biasiswa khas untuk guru
  • Mewujudkan SBP aliran TVET
  • Menambahbaik kualiti pendidikan agama, mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan
  • Memperluas aliran TVET
  • Menangguhkan pembayaran balik PTPTN kepada semua peminjam gaji kurang dari RM 4000.

Video Ucapan Dr Maszlee Malik berkaitan Pendidikan

Video ini dimuatnaik ketika sebelum PRU 14 berkaitan pendekatan pakatan Harapan dalam mengurangkan beban tugas guru.

Ringkasan faedah kepada guru melalui Pendekatan Dr Maszlee:

  • Mewujudkan Skim Guru Bantuan
  • Mengecilkan saiz kelas di seluruh Malaysia
  • Guru tidak perlu urus kerja pentadbiran

Daripada video adalah jelas pendekatan yang akan dibawa untuk warga pendidikan

Banyak juga isu-isu yang selalu dibangkitkan oleh warga pendidik sebelum ini, jika dilihat di forum internet kebanyakannya mempunyai isu tersendiri antara yang kerap disuarakan termasuk masalah isu kerja tambahan bukan mengajar, perpindahan guru yang lama berkhidmat, bilangan pelajar dalam kelas dan banyak lagi. Isu-isu yang disuarakan diharapkan didengar dan dibantu melalui pengurusan yang baru.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-politik/pru14-ini-perbandingan-manifesto-dari-aspek-pendidikan-173419 , http://www.telagabiru.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top