Berita gembira ini ditujukan kepada kakitangan awam yang asyik bertanya bila bonus akan keluar. Kata orang “ takkan lari gunung dikejar “ bagi yang tertunggu-tunggu bonus hari ini merupakan tamatnya penantian bagi mereka yang mungkin kesuntukan duit bila banyak perbelanjaan duit diperlukan sebelum sesi persekolahan dibuka .
Untuk pengetahuan, pembayaran bonus dibuat hari ini iaitu 15 Jan 2015. Jadi, anda bolehlah menyemak baki akaun anda melalui bank yang dibayar untuk gaji anda sebelum ini. Cuma yang peliknya, kenapa ramai pula yang ke laman rasmi ANM sehinggakan berlaku kesesakan? Adakah timbul masalah?
Gunakan dengan berhemah
Bonus yang anda dapat gunakanlah dengan sebaiknya. Hasil tinjauan kami kebanyakan mengambil bonus ini untuk membayar hutang perbelanjaan hujung tahun baru-baru ini. Mungkin sebelum ini ada yang berbelanja tidak berhemah dengan pergi melancong berlebihan atau berbelanja sakan sebelum ini. Walauapapun cara anda gunakan untuk berbelanja, pastikan sama-sama kita berjimat cermat dalam ekonomi yang tidak memberangsangkan kini.
Semoga bonus yang diberikan memberi semangat kepada anda dan keluarga serta memberikan lebih motivasi untuk bekerja.