- Asrama 1 Malaysia
Permohonan Asrama 1 Malaysia bagi kemasukan tingkatan 1 borangnya boleh mula dimuat turun kini. Asrama 1 Malaysia merupakan salah satu tempat kediaman untuk pelajaran yang baru diperkenal kerajaan Malaysia bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar berbilang kaum dapat tinggal sebumbung dan bersekolah di sekolah yang sama.
Tingkatan 1 yang ditempatkan di asrama 1 Malaysia ini adalah satu tempoh percubaan dengan matlamat pelajar akan merasai keserasian dan mengurangkan tekanan dirumah terutama yang berada jauh dari sekolah.
Syarat permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia
- Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
- Terbuka kepada SEMUA KAUM.
- Pemohon mestilah LELAKI sahaja.
- Keputusan UPSR 2011 (5A/7A) atau minima 4A1B.
- Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana
- Aktif dalam kokurikulum
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR sekolah menengah semasa di mana pemohon belajar
- Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
- Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut : a ) Sijil lahir pemohon / kad pengenalan , b ) Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa., c ) Keputusan UPSR 2011 (5A/7A atau 4A/1B), d ) Aktif dalam kokurikulum (Sertakan Salinan Sijil
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Pilihan Sekolah untuk Asrama 1 Malaysia
Buat masa ini ada 3 pilihan sekolah yang boleh dibuat iaitu :
- SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
- SMK METHODIST, KUALA LUMPUR
- SMK ST. JOHN, KUALA LUMPUR
Cara Memohon Asrama 1 Malaysia
- Untuk memohon terlebih dahulu muat turun borang Asrama 1 Malaysia di laman Kementerian Pelajaran atau KLIK SINI
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR sekolah menengah semasa di mana pemohon belajar
- Setelah lengkap mengisi borang yang disediakan, hendaklah menghantar ke :
PENGARAH,
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604, PUTRAJAYA
Tel : 03 – 8884 9433 Fax : 03 – 8884 9342
** Catatkan di sebelah kiri sampul surat : ’PERMOHONAN ASRAMA 1 MALAYSIA
saya ingin memasuki asrama 1 malaysia smk chepir
asrama penuh 1 malaysia untuk tahun 2015 bagi tingkatan 1 masih ada ke untuk sekolah Victoria Insitution atau St John. terima kasih
borang untuk tahun 2012 untuk tingkatan 1 2013 is out?