Ada pelawat kami bertanyakan bagaimana untuk membuat rayuan BR1M, sebenarnya maklumat ini banyak di Internet tapi mungkin terlalu banyak dan mengelirukan. Rayuan dan cara buat rayuan BR1M perlu dibuat surat bertulis dengan mengisi borang yang disediakan dan perlu dihantar bersama dokumen sokongan ke pejabat LHDN berdekatan. Oleh itu panduan cara membuat rayuan dan borang rayuan BR1M disediakan seperti dibawah :
- Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 2014
- Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
- Pembayaran Br1M 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M diluluskan.
- [button link=”https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/RayuanBR1M2014.pdf” style=”download”]Klik untuk muat turun borang rayuan BR1M[/button]
Jika sebelum ini anda tidak Berjaya mendapat permohonan, mungkin kali ini akan Berjaya dengan rayuan dibuat mengikut prosedur yang dinyatakan. Jika anda mempunyai masalah dan ingin membuat pertanyaan bekenaan rayuan BR1M ini bolehlah terus menghubungi :
Talian Hotline BR1M: 1-800-222-500/ 1-800-88-2716
Talian Khas BR1M: 03 8313 8987/ 03 8312 8988/ 03 8313 8989
Emel BR1M: [email protected] / [email protected]
Semoga info permohonan rayuan dan borang rayuan BR1M ini dapat membantu anda mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau dikenali sebagai BR1M ini.