Cara Membuat Rayuan dan Borang Rayuan IKM, KKTM
Saya ada menerima pertanyaan tentang cara membuat rayuan dan borang untuk rayuan kemasukan ke Institut Kemahiran Mara IKM dan Kolej Kemahiran Teknlogi Mara KKTM 2012 oleh beberapa pelawat. Sebenarnya borang rayuan telah disediakan semasa membuat semakan. Mungkin ada yang tidak menjumpai dimana borang tersebut.
Untuk pengetahuan, sistem semakan kemasukan ke IKM dan KKTM telah mula dibuka pada 1 november 2011. Pemohon sebelum ini boleh menyemak dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing. Cara membuat semakan boleh rujuk penulisan sebelum ini iaitu semakan keputusan institut kemahiran mara ikm 2012 .
Cara Membuat Rayuan
- Rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang rayuan yang disediakan ia boleh di muat turun di http://aplikasi.mara.gov.my/webinqikm/rayuan.pdf atau KLIK SINI
- Borang tersebut yang telah siap dilengkapkan perlu di hantar kepada
Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA,
Tingkat 21, Bangunan Medan Mara, Jalan
Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-26132000 samb. 34605 / 34611 / 34612 / 34618 / 39085 Faks:03-26914510
Semoga borang rayuan yang disediakan untuk memohon ke IKM dipertimbangkan, selamat berjaya
Assalamualaikum. saya ingin bertanya. borang rayuan ke ikm ni masih boleh digunakan ke. saya cuba buka link tu tpi dia tulis file is not found. mcm mne yer
Wsalam, mungkin laman web bermasalah atau link pautan telah rosak, jika ada lebih maklumat kami akan cuba kongsikan yang baru utk akan datang. Tq
Assalamualaikum. saya ingin bertanya. borang rayuan ke ikm ni masih boleh digunakan ke. saya cuba buka link tu tpi dia tulis file is not found. mcm mne yer
assalamualaikum saya berharap sgt saya terpilih saya dh daftar tapi pemohonan ditolak saya nk menjadi org yg berjaya bantu kedua ibu bapa saya sebab saya nk bls balik apa mereka dh bagi pada saya.saya ade mintak ikm di lumut tapi ditolak saya dh buat rayuan kalau ditolak mesti kedua ibu bapa saya kecewa saya resul xberape ok sgt tapi bole la dgn mohon ikm ni dpt menbantu sekian terima kasih
SANGAT BERMINAT UNTUK MENGIKUTI APA SAJA YANG TERBAIK,DAN MENJADIKAN IA LEBIH BAIK JIKA SAYA DIBERI PELUANG DALAM PENGAJIAN INI.