Borang Semak Semula UPSR 2016

1
7

Semak semula UPSR
Semak semula UPSR

Keputusan UPSR 2016 telah diumumkan, ada yang ingin membuat semakan semula. Sebenarnya ada cara  dan borang semak semula UPSR 2016 di sediakan untuk ibu bapa yang mahukan keputusan UPSR anaknya dinilai semula. Mungkin ada ibu bapa yang yakin ada kesilapan dari pihak pemeriksa dalam mengeluarkan keputusan UPSR.

Semakan semula ini memberi peluang untuk subjek UPSR pemohon disemak semula dan kemungkinan ada perubahan atau kekal setelah semakan semula dibuat. Namun demikian tempoh permohonan diberi hanya 30 hari selepas keputusan UPSR 2016 diumumkan. Permohonan semakan semula pula dikenakan bayaran untuk kerja-kerja semakan semula.

Permohonan Semula UPSR 2016

  • Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan diumumkan.
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
  • Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:
Baca Juga :  Alamat Altenatif SAPS, e-Gtukar, e-Operasi dan laman Web KPM

- satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR (disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)

-  Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN (sila rujuk No. 5 – Kadar Bayaran dan No. 6 – Kaedah Bayaran)

- dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00.

  • Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.
  • Kaedah bayaran:
  • Permohonan melalui pos:
  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula / Kes T supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima.

Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:

  1. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
  2. Cek persendirian tidak diterima.
Baca Juga :  Semakan Online Temuduga Keputusan PISMP 2017

Borang yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2016” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan di alamat berikut:

 Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 7, Blok E11,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 62604 Putrajaya

(u.p: Unit UPSR)

Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR tidak akan diproses.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

 Maklumat Lanjut Borang Semak Semula UPSR 2016

Untuk mendapatkan Borang dan maklumat lanjut anda dinasihatkan merujuk Maklumat penuh permohonan ( Klik sini )

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

1 COMMENT

Apa Komen Anda :