Cadangan Pengambilan Guru Mengikut Negeri

0
11

Satu Post yang menarik dikongsi berkaitan cadangan pengambilan guru mengikut negeri yang dikemukakan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam post di akaun sosialnya. Menurut post tersebut memberi cadangan pengambilan dan temuduga guru perlu dibuat di peringkat negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP ). Menurutnya lagi , pengambilan diutamakan daripada calon tempatan. Sekiranya ada kekosongan ada di sesuatu negeri barulah ia dilakukan pengambilan.

Status Facebook
Status Facebook

Pengambilan Guru; Sekolah Rendah dari IPGM, Sekolah Menengah pula dari Universiti Awam dan Swasta. Cadangan; Pengambilan dan temuduga guru selepas ini dibuat di peringkat negeri oleh SPP.

Keutamaan pengambilan adalah daripada kalangan calon tempatan. Jika kekurangan calon guru tempatan, barulah pengambilan dibuat dari negeri yang berdekatan.

Baca Juga :  Pengambilan Tentera Udara Jom Masuk Tentera Lelaki dan Wanita 2018

Dari status facebooknya dilihat keperihatinan menteri dalam memperbaiki masalah perpindahan guru serta  penempatan guru yang telah lama berlarutan. Walaubagaimanapun demikian, masih banyak kelemahan lain yang perlu dibaiki untuk mengelakkan masalah ini terus bertambah. Dalam status tersebut juga menerima pelbagai komen yang positif dan negatif antara yang menarik termasuk :

  • Menyokong tindakan tersebut
  • Memudahkan kekosongan dipenuhi
  • Membantu guru ditempatkan di negeri asal
  • Stuju, proses penempatan mngikut zon...utara,selatan, timur ,borneo
  • Saya sokong Dato seri. Calon Simpanan ISMP masih menanti diberikan penempatan
  • Berpuluh kali memohon tetapi masih kecewa
  • Bekukan pengambilan guru bg negeri 'hot'
  • Utamakan kami guru yg nak mengisi ruang tempatan dulu. Baru lah isi dengan pengambilan baru
  • Mohon utamakan pasangan yang telah lama merantau
Baca Juga :  Keputusan Ulangan SPM Tahun 2017

Rujuk Komen dan Status lanjut : https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/photos/a.665924896842421.1073741964.377863958981851/891712000930375/?type=3&theater

Bagi kami dalam urusan penempatan dan perpindahan guru ini pastinya banyak kontroversi, hal ini kerana terlalu ramai yang memohon. Semestinya dengan kuantiti permohonan yang ada mempunyai jumlah kecewa yang tinggi berbanding berita gembira. Pihak KPM perlulah terus berusaha memperbaiki masalah yang sekian lama berlaku ini. Dasar membantu pasangan berjauhan merupakan niat yang murni, tetapi guru  yang telah lama berkhidmat di perantauan juga perlu dipandang dan diambil peduli. Mungkin jika terlalu kerap mendapat berita buruk sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tanggapan dan emosi pemohon.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

Apa Komen Anda :