Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Kami menerima banyak pertanyaan berkenaan dengan pengeluaran KWSP untuk skim i-Lestari yang diperkenalkan oleh kerajaan sempena wabak covid-19 ini .Untuk makluman, kami ada menyediakan beberapa maklumat dan penjelasan berkaitan dan juga cara memohon KWSP i-Lestari.
Tarikh kuat kuasa dan tarikh permohonan i-Lestari KWSP
Untuk makluman tarikh permohonan dan tarikh kuatkuasa untuk permohonan i-Lestari KWSP ialah pada 1 April 2020 sehingga 31 March 2021. Ini bermakna sekiranya anda ingin memohon ataupun ingin mencari borang permohonan hendaklah menunggu tarikh ia dibuka iaitu pada 1 April 2020 pada tarikh tersebut barulah akan ada link permohonan ataupun borang permohonan yang pastinya akan dikeluarkan di laman web rasmi KWSP.
Cara Keluar KWSP
Bagaimana cara untuk memohon
Untuk membuat permohonan, setakat ini hanya permohonan secara online yang dibuka kerana tempoh perintah kawalan pergerakan PKP yang dilaksanakan kini. Oleh itu permohonan secara online akan dibuka pada 1 April 2020 melalui beberapa kaedah :
a)Permohonan secara online boleh dibuat pada 1 April 2020 melalui i Akaun
b)Anda juga boleh memohon dengan download borang i-Lestari di laman web rasmi KWSP iaitu www.kwsp.gov.my bermula 1 April 2020. Setelah anda isi borang berkenaan anda perlu scan dan emailkan ke [email protected]
c)Sekiranya anda memilih untuk tidak mahu email kepada alamat bekenaan, anda boleh juga pos borang berkenaan ke alamat yang disertakan di bawah:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat
d)Anda diingatkan supaya tidak ke pejabat atau cawangan KWSP berdekatan kerana perintah kawalan perkhidmatan PKP, TIDAK membenarkan anda keluar daripada rumah dan kakitangan mereka juga tidak ada di pejabat kerana tempoh PKP sekarang ini.
e)Sekiranya anda bukan warganegara Malaysia anda hendaklah menggunakan kaedah B dan C sahaja.
f)Untuk kemaskini nombor telefon untuk TAC anda hanya boleh update di kios KWSP di KWSP saja setelah perintah PKP berakhir kelak.
Berikut disediakan juga Link untuk panduan anda mendaftar i Akaun dan juga link membantu anda yang lupa ID pengguna dan kata laluan.
- Panduan Mendaftar I Akaun – https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131635/Panduan+Ringkas+Pengaktifan+i-Akaun+Ahli_BM.pdf/de0e25f2-dfd8-c0f5-cabc-c1143748db2a
- Panduan Lupa ID pengguna dan kata laluan – https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131635/Panduan_Ringkas_Lupa_ID_Pengguna_Kata_Laluan_BM.pdf/ce84c19a-0bab-17bc-6f3f-c08bc5ddd474?t=1565089083910
Maklumat lain berkaitan KWSP i-Lestari
Durasi pengeluaran
Sekiranya anda ingin memohon bulan April 2020 anda akan menikmati wang tersebut sehingga 12 bulan sehingga March 2021 dan sekiranya anda memohon bulan Disember 2020 anda akan menikmatinya selama 4 bulan sahaja dan sekiranya anda ingin dapat selama 12 bulan Anda perlu bertindak segera iaitu mohon pada bulan April 2020.
Permohonan berjaya
Sekiranya permohonan anda berjaya anda tidak boleh lagi untuk membuat pembatalan
Cara pengiraan
Sekiranya dalam akaun 2 anda mempunyai RM 1300, ini bermakna pada bulan pertama dan bulan kedua anda akan mendapat 500 manakala pada bulan yang ketiga anda akan dapat 300
Kelayakan memohon
Untuk layak memohon anda haruslah ahli KWSP dan ianya tidak tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja pastikan ada duit dalam akaun 2 dan minimum RM50 dan umur hendaklah tidak sampai 55 tahun.
Diharapkan maklumat yang diberikan ini dapat membantu mereka yang sedang mencari-cari maklumat bagaimana untuk membuat permohonan i-Lestari KWSP diharapkan wang yang diterima dapat digunakan dengan sebaiknya terutama masalah yang melanda Malaysia kini.