Masalah cacing atau kecacingan sering dialami oleh anak yang kecil. Ia perlu diatasi lebih awal melalui ubatan tradisional dan semulajadi untuk mengubat dan mencegahnya. Masalah cacing ini membuatkan anak tidak selesa dan membuatkan anak sakit dan perut agak kembung. Disini ada sedikit petua dari orang dahulu untuk mengubati penyakit ini.
Kebiasaannya selepas anak pandai makan selain dari susu ibu, masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak bermula. Ini kerana kanak-kanak telah mula terdedah dengan pencemaran di dalam makanan dan juga minuman. Tanda-tanda biasa ialah kanak-kanak selalu menangis sakit perut, kerap membuang najis serta mengandungi cacing dan juga telur cacing.
Oleh itu, cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.
Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus. Kemudian diembunkan semalaman. Selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Diberi minum seteguk jika boleh, insyaAllah dapat membantu.